BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 28, 2009

Smbutn Maulidur Rasul 1430H





9 Mac 2009 (Isnin)

1.30pm- 5.00

Musollah As-Syifa’, FKUB

Berpakaian sopan

Akt : Solat Asar berjemaah

Bacaan al-Mathurat

Selawat Nabi

Jamuan Pulut Kuning

Makanan disediakan dengan bayaran.

Sila jelaskan Rp 10 000 kepada wakil-wakil berikut sebelum Khamis (5 Mac 2009)

2008 : Akmal

2007 : Firdaus

2006 : Laila Mastura

2005 & Koas : Raja Ruzana & Siti Khodijah

"WAHDAH PEMANGKIN KHAYRU UMMAH"


Wednesday, February 25, 2009

Valentine Day?

Salam. Pertama sekali, pihak BASISMA memohon seribu kemaafan kerana blog ini terbiar sepi sekian lamanya lantaran biro2 yang sibuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta di Malaysia sepanjang cuti semester lepas.

Berbalik pada post kali ini. Tak tahu? buat-buat tak tahu? tak nak ambil tahu?? Tanyalah diri sendiri anda berada di golongan yang mana. Post kali ini berkaitan dengan hari cinta sedunia yang diagung-agungkan oleh banyak pihak terutamanya pasangan kekasih yang hebat dilamun cinta, Valentine Day. Saya kira masih belum terlambat untuk menyentuh mengenai perkara ini walaupun tarikh 14 Februari telah lama kita tinggalkan.

Ada apa dengan tarikh 14 Februari@ Valentine Day?????

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

Bukan setakat itu sahaja, malah tanggal 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI HARI VALENTINE

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” bererti mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekadar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mengikut suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-muja Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.

Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Kerana sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat material. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.


Tanggal 14 februari 2009 yang lepas, ketika saya sibuk menemani bonda saya membeli keperluan2 dapur, seperti yang dijangka, jalan2 menuju shopping2 complex sesak teruk, shopping2 complex penuh dengan pasangan2 muda yang sy kira sedang hebat dilamun perasaan cinta dan apa yang menyedihkan dari semua pasangan muda-mudi itu, sebanyak 80% adalah pasangan Melayu. Si gadis bangga membawa jambangan2 bunga dan teddy bear hadiah pemberian si jejaka. Paling hebat, punya lah panjang line beratur nak beli tiket2 di panggung2 wayang. MasyaAllah..sgt hebat penangan Hari Valentine ni. Terkilan,sedih melihat senario itu.

Keesokan harinya, kira2 100 pasangan Islam dicekup oleh Jabatan Agama Islam. adakah ini hari yang layak kita raikan? hari yang mana kita dapat menyaksikan betapa ramainya kesucian gadis2 Islam hancur dalam satu hari. di mana letak paras iman kita sebagai Umat Islam yang menyaksikan senario ini??? BANGUN!! ini BUKAN budaya kita..anda mampu mengubahnya melalui 3 cara seperti yang disentuh oleh Ustazah Bahiyah dalam rancangan Tazkirah di TV9.

1) Dengan KUASA (tugas pemerintah untuk menyekat dari budaya ini terus berkembang. sepertimana yang kita dapat lihat contohnya Syria, yang mengharamkan secara total sambutan Hari valentine)

2) dengan LIDAH (tegur kwn2,saudara2, yang menyambut hari valentine)

3) dengan HATI (berdoa supaya dilembutkan hati muda-mudi Islam supaya kembali pada fitrah yang benar)..inilah selemah2 Iman..

Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini sedangkan pada tarikh itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..BANGGAKAH ANDA SEBAGAI SEORANG ISLAM MENYAMBUT TARIKH KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM?? tepuk dada tanya iman..jangan hanya berfikiran terbuka dalam menyambut budaya agama lain dan ideologi hedonisme ini, tapi ubah diri anda untuk berfikiran terbuka dalam mendekati jalan menuju keredhaan Ilahi.WA