BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan :)


Selamat menyambut bulan yang suci Ramadhan
&
Selamat berpuasa
:)

Sunday, April 3, 2011

siapa yg CANTIK? =))


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


Saturday, April 2, 2011

bayaran sebuah kemaafan..=)


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan org lain."

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa

bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.

Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.

Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.

Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?

TERIMA KASIH

Kita seringkali mendengar, "manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.

Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar melalui kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti.

Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu.

Kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin?

SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.

Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf? Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.

Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.

Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.

Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.

Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?

Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." - [Al-Hujurat : 10]

- Artikel iluvislam.com


Saturday, March 26, 2011

JANGAN!lupa wudhuk

Assammulaikum..
sudah lama blog ini tidak diupdate..

di kesempatan ini saya ingin berkongsi sesuatu bersama
saudara sekalian..
(baru sahaja terbaca satu artikel,yang rase nya berguna untuk kita..insyaAllah)
=)

seperti yg kita tahu,solat merupakan perintah Allah yang sangat serius dalam segala urusan..
bukan sahaja perannya sbg penegak tiang agama..
manfaatnya dari segi medis juga terserlah..
bermula dari proses berwudhuk..khasiatnya dan manfaatnya sudah dapat dilihat..
jadi apa lagi mari kita saksikan khasiat dan manfaatnya..=)

njoy...

Manfaat Wudhuk:

  1. Menghilangkan bakteri dan kuman yang menempel di kulit.
  2. Menjaga kebersihan mata.
  3. Berkumur dengan harapan dapat membuang bakteri yang berkumpul di dalam mulut(seperti yang telah kita belajar dlm MICROBIOLOGY INFECTION-mulat merupakan tempat yg paling banyak dihuni oleh flora2 tersebut).
  4. Istinsyaq berguna untuk membersihkan bagian dalam hidung, mencerahkan warna dinding dalam hidung, menguatkan dan membersihkan rambut dalam hidung sehingga dapat berfungsi secara maksimal(sebagai innate system=p), mengurangi bakteri di pangkal hidung, mencegah penularan berbagai penyakit seperti sakit tenggorokan, flu, radang paru-paru, dan TBC, serta membantu kelancaran penyaringan udara sehat yang masuk ke dalam paru-paru.
  5. Membasuh wajah sambil memijat wajah dengan lembut agar dapat melancarkan peredaran darah di wajah.(juga melancarkan peredaran oksigen!)
  6. Mencuci tangan dan siku dapat mengatasi pembengkakan di daerah tangan dan bahu, juga menyegarkan fisik yang lelah.
  7. Mengusap kepala berguna untuk menurunkan suhu badan, menurunkan stress pada bagian kepala, menurunkan resiko tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah ke otak, dan berkesan untuk mententeramkan jiwa.
  8. Membasuh telinga berkesan untuk menenangkan, memijat titik-titik akupuntur sehingga melancarkan peredaran darah ke organ-organ tubuh, menurunkan emosi, menghasilkan rasa yang lebih sensitif terhadap getaran suara.
  9. Mencuci kaki berguna untuk melancarkan aliran darah, menguatkan kaki, menenangkan, membuat tidur menjadi lebih nyenyak(siapa tidak mahu tidur yang lena kan??hehe), sebagai terapi mental.
jadi apa lagi JANGAN lupa wudhuk..=)
p/s: stay tune..jge diri!jge iman! insyaAllah

Wednesday, July 7, 2010

Muhasabah Hatiku

Aku benci bila hati terdetik melakukan kejahatan. Sebab aku tahu:

Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat.

Akal akan merancang dan mengatur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi.

Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana.

Bila anggota lain mengambil peranan, maka tercetuslah kejahatan di tgh kehidupan.

Menanglah nafsu tewaslah akal. Tapi...

Apakah hati bahagia selepas itu?? Tidak!! Bahkan deritanya bertambah berganda-ganda.

Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati.

Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.



.....Sudah sampai masanya aku buat perubahan, tentukan jalan hidupku..

Jika hendak ke neraka sila, tiada halangan apa-apa, ikutlah nafsu buasku.

Langgar sahaja, apa peduli, peluang hanya sekali.

Kalau ingin ke syurga bersiaplah, aku pasti diuji.

Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya.

Perlu aku bayar dengan darah dan air mata.

Jiwaku itulah tebusan membeli syurga.


"Ya Allah, pimpinlah aku. Kuatkanlah aku menuju jalanmu. Amin ya Rabbal Alamin.."








dari mesej FB : Berusrah Bersama..

Sunday, July 4, 2010

Kisah Perang Khandaq

Assalamualaikum sahabat..ada sebuah kisah disebalik kisah perang Khandaq. Pada waktu peperangan itu, Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat untuk menggali parit lebar dan besar sebagai kaedah pertahan untuk menahan serangan musuh.

Jabir bin Abdillah meriwayatkan, semasa menggali parit, saya melihat Rasulullah SAW sentiasa berada dalam keadaan letih dan lapar. Maka saya segera menemui isteri di rumah dan bertanya," ADAKAH SESUATU YANG BOLEH DIMAKAN? SAYA MELIHAT RASULULLAH SAW DALAM KEADAAN LAPAR ". Lalu isteri saya mengeluarkan bekas berisi gandum. Sementara saya meneyembeliH seekor anak kambing dan memasaknya. Kemudian saya menemui Rasulullah SAW. Sebelum pergi, isteri saya berpesan, " TOLONG JGN MALUKAN SAYA DI HADAPAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT." Maksudnya supaya jangan menjemput semua orang kerana makanan yang ada cuma sedikit.

Saya menemui Rasulullah SAW dan berkata kepadanya, " YA RASULULLAH SAW, SAYA TELAH MENYEMBELIH SEEKOR ANAK KAMBING DAN ISTERI SAYA TELAH MENGADUN TEPUNG GANDUM. DATANGLAH BERSAMA BEBERAPA ORANG UNTUK MAKAN KE RUMAH KAMI." Mendengar apa yanG saya katakan, Rasulullah SAW memanggil semua orang seraya berkata, " HAI ORANG YANG SEDANG MENGGALI PARIT ! JABIR TELAH MENYIAPKAN HIDANGAN DAN MENJEMPUT KITA SEMUA UNTUK DATANG KE RUMAHNYA."

Kemudian Rasulullah SAW berpesan kepada saya," JABIR, JGNLAH ENGKAU TURUNKAN KUALI DARI ATAS TUNGKU DAN JANGAN KALIAN BAKAR ADUNAN ROTI SEBELUM SAYA DATANG." Kemudian, saya berjalan mendahului orang lain bersama Rasulullah SAW. Saya pun kemudian masuk ke dalam rumah menemui isteri. Dia berkata kepada saya, " INI SEMUA AKIBAT PERBUATAN AWAK." Saya menjawab " SAYA TELAH MELAKUKAN APA YANG AWAK CAKAPKAN TADI." Kemudian Rasulullah SAW meminta saya untuk mengeluarkan adunan roti tersebut. Rasulullah SAW merasa dan mendoakan keberkatan untuknya.

Kemudian baginda menuju kuali yang berisi gulai kambing dan merasanya serta mendoakan keberkatan kepadanya. Kemudian baginda berkata kepada isteri saya, "PANGGILLAH TUKANG PEMBUAT ROTI AGAR MEREKA DAPAT MEMNBANTUMU MENYIAPKAN ROTI. DAN HIDANGKANLAH GULAI KAMBING INI TETAPI JGN TURUNKAN KUALINYA DRPD ATAS TUNGKU."

jABIR R.A berkata," DEMI ALLAH, MEREKA SEMUANYA BERJUMLAH 3000 ORANG DAN SEMUANYA MAKAN SAMPAI KENYANG. MEREKA PULANG DAN DAGING YANG ADA DI ATAS KUALI MASIH TETAP SEPERTI SEDIA KALA DAN ADUNAN ROTI JUGA MASIH BANYAK TETAP SEBANYAK SEBELUMNYA."

( RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

PENGAJARAN: INGATLAH BAHAWA SETIAP URUSAN DI DUNIA PASTI DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT MENGIKUT KEHENDAKNYA. HNDAKLAH KITA MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN ITU IKHLAS SEMATA-MATA KRN ALLAH SWT.

Wednesday, June 2, 2010

Sharing Usrah:Hadith Pertama

Assalamualaikum setelah sekian agak lama blog ini menyepi kerana ketandusan idea untuk dikongsikan bersama, akhirnya alhamdulillah dari kami ada sedikit bahan usrah untuk dikongsi bersama-sama iaitu " Hadith Pertama"


1) Hadith pertama

Dari Amir al-Mukminin Abu Hafs 'Umar Ibn Al-Khattab RA, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:

Hanya segala amal bergantung dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.

2)
Pertama, kenapa Imam Nawawi mengumpul 40 hadith

1 hadith dr Rasulullah, baginda berkata, sesiapa diantara umat baginda yg hafal 40 hadith mengenai islam, dia akan dibangkitkan dgn gol faqih (hadith ni hadith dhaif, tp ulama sepakat ambil utk diambil manfaat nye)

dulu, ramai org kumpul2 hadith tetapi tiada seorang pun yang mengumpul asas2 islam, jadi imam nawawi yang mengumpulkan hadith tentang asas2 islam.

3)
Asal-usul hadith

nama lain hadith ini : Hadith Ummu Qais

Sewaktu nabi mahu berhijrah, tak pasti hijrah yg mana, ada sorg sahabat ini, dia berhijrah kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita, ummu qais itulah namanya..kemudian nabi Muhammad saw mengetahui niat sahabat ini… lalu, baginda pun bersabda menyebut hadith ini

baginda mengeluarkan hadith ni bukan untuk perli sahabat...kerana boleh jd sahabat itu sudah bertaubat dan dia dpt pahala kerana dia juga sudah memberi pengajaran kepada orang lain.

4 ) Komponen hadith

Secara kasarnya, hadith ni ada 2 component: Niat dan Hijrah

Pertama, Rasulullah ingin menekankan, niat mesti betul..dah lama masuk islam, jadi wajib selalu membetulkan niat

Kedua, berhijrah kerana bumi Allah ini luas.

Yang Pertama, NIAT- segala amal bergantung kepada niat dan bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan

Ayat dr surah al-Israa' ayat 19:

"Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik."

Maksudnye, setiap perbuatan kita ini bergantung kepada niat dan setiap orang akan mendapatkan sesuatu mengikut niatnya

Contoh 1: Jika kita belajar, untuk kaya, kita akan berusaha untuk kaya… dengan izin Allah, jadilah dia orang yang kaya..

Contoh 2 : Jika kita belajar kerana Allah, kita akan belajar dengan adab yang betul, niat itu pasti selalu dijaga, untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Soalan X : Bagaimana ingin membetulkan niat?

Kalau sahabat nabi dahulu, sebelum bergerak atau buat sesuatu, pasti memulakan niat dahulu. Kadangkala memang niat kita itu salah, kerana syaitan ini suka menghasut, namun jika tersedar bersegeralah beristighfar dan berta'awwudz serta membetulkan niat: membetulkan niat harus selalu dipraktis seperti tampal nota di meja belaja atau dimana-mana.. "btolkan niat anda!"

Niat ini untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat

Jawapan :
Maka jadilah perbuatan kita itu sia-sia.Amat merugikan jika sesuatu yang kita lakukan, tetapi Allah tidak memberikan pahala sedikit pun.

Contoh 3 : Seperti solat, kita sudah solat selama 15 tahun, tetapi sepanjang solat ini, berapa kali niat benar-benar kerana Allah, dan semata- mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kemudian belajar, kalau niat kerana Allah... ilmu itu boleyh menolong di akhirat nanti… kerana adanya keberkatan pada ilmu itu dan lebih senang untuk diingati.

Soalan X lagi :
Bagaimana jika sudah berniat untuk berubah menjadi orang yang lebih baik dari skrg tapi sering gagal, kekal seperti dulu lagi?? Ada tak tips untuk menjayakannya??

Jawapan: Untuk berubah memerlukan proses, perlahan-lahan perangai diubah dan selalu berdoa serta berusaha, pasti dibantu Allah. Apatah lagi sikap terbentuk ejak kecil, dan tidak boleh diubah secara drastik tetapi boleh diubah dengan menyibukkan diri pada hal yang lebih penting misalnya.

Soalan Y : Bagaimana merasakan solat yang diterima Allah jika niat betul, dan solat yang tidak diterima jika niat salah??

Jawapan: tanda solat diterima ialah menjadi lebih baik. Allah jika sayang pada hambaNya Dia akan memberi nikmat iman dan membenci pada kekafiran.. Jika Allah menerima solat boleh dilihat pada diri jadi lebih baik atau sebaliknya.

Soalan Z : Bagaimana kalau sebahagian diri sahaja baik tapi sebahagian yang lain tidak??

Jawapan : Maka perbaikilah solat, sering membuat solat sunat. Ingat Allah sentiasa melihat, malaikat selalu mencatat amalan dan niat. Pasti kita tidak mahu menerima amalan dengan tangan kiri, kita juga pasti tidak mahu kbur kita menjadi sempit, selalu dipukul di alam kubur, dan pastinya kita tidak mahu ke neraka, jadi selalulah kita BERTAUBAT dan berserah diri kepada Allah, sedangkan NABI MUHAMMAD selalu beristighfar, inikan pula kita.

TIPS HARI INI :

1) Tampal reminder di tempat belajar ; remind remind membetulkan niat atau tampal ikrar pertama: Allah

tujuan kami, Rasulullah tauladan kami, Al-Qur'an undang2 kami, jihad jln juang kami dan mati syahid

cita2 tertggi kami


2) Betulkan niat, memperbaiki solat dan rajin beristighfar. InsyaAllah Allah menolong kita. Dia Maha Penyayang dan suka hambaNya berserah diri padaNya.