BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 19, 2009

Examinitis


Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? Hilang fokus? Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyerang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia. Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi. Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan. Begitu juga dengan penyakit examinitis ini. Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.

Nama saintifik: Examinitis

Golongan sasar yang mudah dijangkiti:

Semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun

Most vulnerable:

· Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja

· Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan

Tanda-tanda awal:

· Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)

o Tidak mendapat keputusan yang diharapkan

o Mencuba tetapi masih merasa hampa

o Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri

o Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif )

· Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan

Bagi sesiapa yang mengidapnya, di sini disertakan beberapa kaedah tradisional yang tidak luput ditelan zaman semenjak ratusan tahun yang lampau.

· Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus

o Berikut disertakan sebahagian checklist analisa;

§ Keikhlasan niat dan perbuatan

§ Usaha yang tersusun dan berterusan

§ Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal

§ kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah

· Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat

o sebagai contohnya:

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”.


  • Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati
    • Telaahlah buku La Tahzan Jangan Bersedih (Don’t Be Sad). Author: Aidh Abdullah Al-Qarni. Sedikit keratan buat menggugah jiwa:
    • Orang-orang yang berwawasan sempit senantiasa melihat seluruh alam
      ini seperti apa yang mereka alami. Mereka tidak pernah memikirkan apa
      yang terjadi pada orang lain, tidak pernah hidup untuk orang lain, dan
      tidak pernah memperhatikan sekitarnya. Memang ada kalanya kita harus
      memikirkan diri kita sendiri dan menjaga jarak dari sesama, yaitu tatkala
      kita sedang melupakan kepedihan, kegundahan, dan kesedihan kita. Dan,
      itu artinya kita dapat mendapatkan dua hal secara bersamaan:
      membahagiakan diri kita dan tidak merepotkan orang lain.
      Satu hal mendasar dalam seni mendapatkan kegembiraan adalah
      bagaimana mengendalikan dan menjaga pikiran agar tidak terpecah. Apalagi
      bila Anda tidak mengendalikan pikiran Anda dalam setiap melakukan
      sesuatu, niscaya ia tak akan terkendali. la akan mudah membawa Anda
      pada berkas-berkas kesedihan masa lalu. Dan pikiran liar yang tak terkedali
      itu tak hanya akan menghidupkan kembali luka lama, tetapi juga
      membisikkan masa depan yang mencekam. Ia juga dapat membuat tubuh
      gemetar, kepribadian goyah, dan perasaan terbakar. Karena itu, kendalikan
      pikiran Anda ke arah yang baik dan mengarah pada perbuatan yang
      bermanfaat.
      {Dan, bertawakallah kepada Dzat Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati.}
      (QS. Al-Furqan: 5
      8)
  • Life is a test so look forward and start working briliantly

sumber: http://bahantarbiyyah.info/v4/content/view/54/48/

Tuesday, June 9, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT




Tarikh: 11 Jun 2009/17 Jamadilakhir 1430H

Masa: 5.30 petang

Tempat: Musolla asy-syifaa'


Tentatif program: 5.30-6.30 ptg= Solat maghrib berjemaah
Solat hajat berjemaah

Bacaan Yasin

6.30 ptg= Solat Isyak berjemaah

Tazkirah ringkas
Jamuan

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Makanan disediakan dengan bayaran sebanyak rp 5000.