Makmum itu ada dua macam, iaitu masbuk dan Muwafiq. Makmum masbuk ialah yang tidak sempat mengikuti imamnya kerana tidak mempunyai waktu yang cukup untuk dapat digunakan membaca Fatihah, makmum muwafiq ialah yang mempunyai cukup waktu mengikuti imamnya untuk menyelesaikan bacaan Fatihah.
Keadaan makmum masbuq itu ialah:
1.Apabila sempat mengikuti imamnya ketika imam sedang meruku’, maka wajib terus ruku’ berserta imam dan Al-Fatihah gugur untuknya dan sudah dapat dihitung satu , jikalau ruku’nya itu dapat berthuma’ninah berserta imam.
2.Apabila sempat mengikuti imam ketika imam itu masih sedang berdiri, tetapi imam tadi terus ruku’ sebelum makmum itu selesai Fatihahnya, maka makmum itu wajib terus ruku’, jikalau ia di saat itu tidak sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz. Jadi kekurangan Fatihahnya yang belum sempat diselesaikannya itu menjadi gugur untuknya.
3.Apabila sempat mengikuti imam sewaktu imam itu masih sedang berdiri dan makmum itu sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz, tiba-tiba imam ruku’ sebelum makmum tadi menyelesaikan Fatihahnya. Dalam keadaan sedemikian ini makmum wajiblah membelakang sementara waktu yang dapat digunakan untuk menyelesaikan bacaan doa iftitah atau ta’awwudznya. Selanjutnya apabila makmum itu mempunyai kesempatan mengikuti imamnya dalam ruku’, maka dianggaplah satu rakaat untuknya, tetapi kalau imam itu sudah i’tidal sebelum makmum itu ruku’, maka dianggaplah bahawa makmum tadi sudah terlambat satu rakaat. Adapun kalau imam itu sudah bersujud sebelum selesainya makmum itu membaca, maka batallah shalatnya.
Adapun hukumnya makmum muwafiq ialah:
1. Makmum wajib menyempurnakan Fatihahnya. Jikalau imam itu ruku’ sebelum makmum menyelesaikan Fatihahnya, wajiblah makmum membelakang sebentar untuk menyempurnakan Fatihahnya itu.
2. Apabila makmum itu membelakang dari imamnya kerana perlu membaca Fatihah, maka ia boleh membelakang sampai hitungan tiga rukun, jikalau ada uzur sebagaimana di bawah ini:
(a) Apabila makmum muwafiq itu memang lambat membacanya yakni tidak dapat bersegera menyelesaikannya dan bukan kerana was-was dalam bacaannya, padahal imamnya sedang dalam membacanya yakni tidak terlampau cepat atau perlahan.
(b) Apabila makmum itu terlupa dalam membaca Fatihah dan ingat sebelum ruku’ berserta imamnya. Maka jikalau ingatnya itu sesudah ruku’nya imam, makmum tersebut tidak perlu membaca Fatihah, tetapi wajib terus mengikuti imamnya sehingga salam.
(c) Apabila makmum sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz dan mempunyai sangkaan bahawa ia akan mempunyai kesempatan waktu untuk mengikuti imamnya untuk membaca Fatihah, tiba-tiba kesempatan itu tidak ada. Jadi persangkaannya salah. Dalam hal ini, jika makmum itu nyata sudah terlambat dan tidak sempat mengikuti imamnya untuk melakukan ruku’, maka dianggaplah ia terlambat satu rakaat dan ini wajib disempurnakan (yakni yang satu rakaat tadi) setelah selesai salamnya imam.
sumber: Tarbiyyah Bersistematik Edisi 3 (insyaAllah, akan diterangkan lagi dalam usrah minggu hadapan)
Istilah bahasa – membersihkan. Istilah syara’ – membersihkan diri dari hadas dan najis hingga membolehkan seseorang itu mengerjakan ibadah. 1) Hadas- sesuatu yang keluar dari 2 jalan (qubul dan dubur). 2) Najis - sesuatu yang kotor yang melekat pada badan, tempat dan pakaian, yang berasal dari luar dan/atau dalam diri manusia.
Bersuci- WAJIB bagi orang yang hendak beribadah kepada Allah. Bahan yang boleh digunakan untuk bersuci ialah: 1) Air 2) Batu dan benda keras seumpamanya 3) Tanah atau air yang bercampur tanah 4) Benda-benda yang tajam
Pengertian dan Pembahagian Najis
Istilah bahasa- benda-benda yang kotor Istilah syara’ – benda yang menghalang sahnya ibadat kerananya
2. MANDI WAJIB
Pengertian
Mandi kerana membersihkan tubuh badan dan meratakan air ke seluruh kulit dan bulu kerana berlakunya hadas besar atau mati.
Perkara-perkara yang mewajibkan mandi
1. Bersetubuh ( jima’) 2. Keluar mani 3. Haid 4. Nifas 5. Wiladah 6. Mati 7. Orang kafir bila masuk Islam
Rukun-rukun mandi wajib
1. Niat- “Sahaja aku mengangkat hadas besar fardhu kerana Allah Taala” 2. Meratakan air ke seluruh badan * untuk melakukan mandi yang sempurna, hendaklah kita mencontohi cara mandi Rasulullah s..a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., katanya “ Apabila Rasulullah s.a.w mandi junub, mula-mula dicucinya tangannya, kemudian diulangkan air dengan tangan kanan ke tangan kiri, lalu dicucinya kemaluannya. Kemudian beliau mengambil wuduk seperti wuduk untuk solat, sesudah itu diambilnya air lalu dimasukkannya air itu dengan anak-anak jarinya ke pangkal rambutnya, sehingga apabila dirasakannya air itu sudah merata,maka disiram kepalanya 3x. Kemudian disiramnya seluruh tubuhnya, dan sesudah itu dicucinya kedua-dua kakinya”. [H.R. Muslim]
Perkara-perkara sunat mandi wajib:
1. Dimulai dengan Basmallah 2. Membasuh kedua-dua belah tangan,kemudian membasuh kemaluan dengan tangan kiri 3. Mengambil wuduk seperti wuduk hendak solat 4. Menggosok-gosok anggota yang dibasuh 5. Mendahulukan yang kanan 6. Membasuh sebanyak tiga kali 7. Menggosok-gosok rambut dengan jari agar air sampai ke kulit kepala 8. Mnadi di tempat yang tertutup 9. Muwalah ( berturut-turut) 10. Membaca doa wuduk selepas mandi
Perkara-perkara haram yang dilakukan orang yang berhadas besar
1. Solat [An-Nisa ; 43] 2. Tawaf 3. Menyentuh Al-Qur’an 4. Membaca Al-Qur’an 5. Menetap di dalam masjid
Bahasa- al-khulq: tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, maruah dan adat kebiasaan. - al-khalq: kejadian, ciptaan, bermaksud kejadian yang indah dan baik. Istilah- sifat yang tertanam di dalam diri iaitu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan paksaan. Firman Allah s.w.t : “ Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung” [Al-Qalam : 4]
Prinsip-prinsip utama pembinaan akhlak dan rohaniah manusia
1. Beriman kepada Allah dengan sebenar-benar Iman 2. Membenarkan risalah Muhammadiah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah 3. Membenarkan Al-Quranul dah as-sunnah serta mengamalkan kedua-duanya 4. Niat yang baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku baik 5. Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram 6. Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat 7. Keadilan syara’ 8. Beriman dengan hari kebangkitan dan hari kiamat
Pembentukan Akhlak Islamiyyah
1. ilmu pengetahuan 2. menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan 3. keazaman dan motivasi diri yang tinggi 4. ibadah yang kuat dan ikhlas 5. bergaul dengan orang yang baik akhlaknya 6. membiasakan diri dengan kebaikan 7. sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat
Al-’Afwu wal Ihsan (memaafkan dan belas kasihan)
Memaafkan- menghilangkan sesuatu hukuman atau pembalasan yang semestinya diterapkan kepada seseorang yang bersalah. Tetapi hanya diperbolehkan memberi maaf yang berhubungan dengan urusan peribadi sahaja, bukan sekali-kali yang berhubungan dengan hukuman menurut syariat Islam.
Orang yang memberikan pengampunan itu darjatnya sangat tinggi di sisi Allah, kerana dapat menyebabkan peningkatan dalam ketakwaan kepada Allah. Firman Allah s.w.t ” Dan jikalau engkau semua memberi maaf, itu adalah lebih mendekati ketakwaan.” [Al-Baqarah: 237].
Al-Itsar (melebihkan orang lain dari kepentingan sendiri)
Lebih mementingkan keperluan orang lain daripada keperluannya sendiri, sekalipun ia sendiri amat memerlukan, sebab menurut anggapannya bahawa orang lain itulah yang lebih memerlukan daripada dirinya sendiri. Sebagaimana Allah s.w.t berfirman ”..bahkan mereka (kaum Ansar) mengutamakan (kaum muhajirin) dari diri mereka sendiri, meskipun pada sesuatu yang mereka berhajat kepadanya” [Al-Hasyr: 9].
~ Pengertian dan pengiktirafan syahadatain tidak akan terhasil melainkan dengan mengucap dan melafazkan kalimah syahadah yang bermaksud: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksl bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah”~
PENGERTIAN SYAHADATAIN
-Berasal dari perkataan Arab (syahada) : pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan
-Mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iqtiqad (pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan).
-Syahadatain:kerana terdiri dari dua lafaz saksi – Lafaz pertama (LAFAZ TAUHID) dan lafaz kedua (SYAHADAT RASUL)
-Lafaz TAUHID : “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah” – mengesakan Allah SWT – wajib mengucapkan dgn lisan, meyakinkan dalam hati serta mengamalkan dgn perbuatan bahawa kita telah beriman kepada Allah dan apa saja yg difirmankanNya.
-Syahadat Rasul : “Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah” – menetapkan kebenaran diutusnya Rasulullah SAW kepada segenap manusia di seluruh alam dunia ini, bahkan kepada makhluk2 lain juga – beriman dengan Nabi Muhammad dan apa saja yg disabdakan olehnya.
-3 macam pokok2 keimanan:
1) Ilahiyyat – keimanan berkaitan dengan ketuhanan Allah Ta’ala
2) Nabawiyat– keimanan berkaitan dengan para Nabi a.s
3) Sam’iyyat – keimanan berkaitan dgn apa2 yg didengardan firman Allah SWT serta sabda Rasulullah SAW
Orang yg bersyahadah wajib mempercayai kebenaran apa yg dilafaz dan dikhabarkannya. Org yg bersyahadah hendaklah sedar dan tahu serta mengerti apa yg diucapkannya. Dia juga hendaklah yakin sgala pengajaran dan peraturan yg disampaikan melalui Al-Quran dan Al- Hadis adalah betul dan benar.
KEPENTINGAN SYAHADATAIN
Syahadatain merupakan rukun Islam pertama dr lima rukun Islam yg lain. Ia memiliki erti yg sgt penting bg seorg muslim:
• Pintu masuk kepada Islam [al-madkhalu ilal Islam] (Ali-Imran:18, Al-A’raf:172, Muhammad:19): Dengan mengucap dua kalimah syahadah, seseorang telah diakui sebagai Muslim yang memiliki hak dan kewajipan yang sama dengan Muslim yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengucapkan la ilaha illallah, apabila mereka telah berkata la ilaha illallah, maka darah dan harta mereka menjadi suci (haram dibunuh/dirampas)”.
• Syahadatain merangkumi intisari ajaran Islam [khalashatu ta’alimil Islam](Al-Baqarah: 21, Az-Zaariyat: 56)
• Titik tolak perubahan [asasul inqilab] (Al-Ahzab: 23): Perubahan yang sangat mendasar dalam seluruh aspek kehidupan bermula dari syahadatain, perubahan dari jahiliyyah menuju Islam, dari kegelapan menuju kebenaran, dan dari ketinggalan menuju kemajuan.
• Inti dakwah para rasul [haqiqatu da’watir rasul](Al-Mumtahanah: 4, Al-Kahfi: 110)
• Fadhilat yang besar [fadhailu ‘azhimah]
KONSEP ‘AL-ILAH’
-Berasal dr perkataan arab yg terbentuk dr kata kerja aliha yg membawa erti:
i. Merasa tenteram kepadanya sehingga enggan meninggalkannya [sakana ilaihi] (Yunus: 7-8, Al-A’raf: 138)
ii. Berlindung dengannya kerana kagum kepada kekuatan, kehebatan dan kekuasaannya [istajara bihi] (Al-Jin: 6, Yasin: 74-75)
iii. Rindu kepadanya dan berusaha untuk selalu dekat dengannya [isytaqa ilaihi] (Al-Baqarah: 93, Thoha: 91)
iv. Sangat mencintai dengan ketulusan hati yang taat kepadanya [wuli’a bihi] (Al-Baqarah: 93, Thoha: 91)
Bila keempat-empat elemen di atas diketahui, diyakini dan dirasakan,maka ia akan menyembahnya dan siap mengorbankan apa saja untuk sesuatu yang dipuja itu dengan sepenuh cinta [kamalul mahabbah], kerendahan hati [kamalul tadzallul] dan ketundukan/kepatuhan [kamalul khudhu’]. Maka, sesuatu yang diperlakukan seperti itulah yang dikenali sebagai Ilah [tuhan]. Maka Ilah dapat didefinisikan sebagai :
i. Sesuatu yang diharapkan [al-marghub] : kerana kemampuannya memberi manfaat dan memenuhi permintaan (Al-Baqarah: 163-164)
ii. Sesuatu yang ditakuti [al-marhub] : kerana ia akan marah dan menyiksa sesiapa yang menentang dan membangkangnya (Al-Baqarah: 186, Mukmin: 60, Al-Anbiya’: 90-91)
iii. Sesuatu yang diikuti [al-matbu’] : kerana jaminan keselamatan darinya (As-Shoffat: 99, Az-Zaariyat: 50)
iv. Sesuatu yang dicintai [al-mahbub] : kerana berbagai keistimewaannya (Al-Baqarah: 165, At-Taubah: 24)
Hasil gabungan dari al-marghub, al-marhub, al-matbu’ dan al-mahbub ini menghasilkan konsep besar dalam mendefinisikan Ilah iaitu ‘Al-Ma’bud’. Islam memandang bahawa sesuati yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan tersebut hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan memperlakukan kepada sesuatu selain Allah apa jua sifat-sifat yang diberikan kepada Allah s.w.t. adalah kemusyrikan besar yang sangat dibenci oleh Allah s.w.t.
7 SYARAT-SYARAT PENERIMAAN SYAHADATAIN i. Pengetahuan, bukan kebodohan
ii. Keyakinan, tanpa keraguan
iii. Keikhlasan, tanpa kesyirikan
iv. Kejujuran, bukan dusta
v. Kecintaan, bukan kebencian
vi. Penerimaan, tanpa penolakan
vii. Kepatuhan, bukan keengganan
Dengan memenuhi ketujuh-tujuh syarat tersebut akan menjadikan seseorang itu redha menerima Allah sebagai tuhannya, redha mengakui Rasulullah sebagai suri teladan hidupnya dan redha menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN SYAHADATAIN
i. Mendakwa bahawa Allah Ta’ala itu lebih dan satu, erti¬nya melakukan syirik atau menyekutukan Allah dengan sesuatu benda yang selain-Nya.
ii. Ragu-ragu atau sangsi tentang adanya Zat Allah Ta’ala atau tentang sifat-Nya, baik yang wajib mahupun yang mustahil
iii. Mengingkari bahawasanya dirinya atau makhluk yang ada di alam semesta ini diciptakan oleh Allah Ta’ala
iv. Tidak mengiktirafi perutusan Rasulullah sebagai utusan pesuruh Allah, serta meninggalkan segala suruhan baginda
10 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADATAIN
i. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah s.w.t. Tawakkal bukan bererti meninggalkan usaha yang dilakukan, bahkan kita dituntut agar tidak mudah berputus asa. Tawakkal hanya kepada Allah, tempat bagi mukmin mengadu dan bergantung harap. Firman Allah : “Dan hanya kepada Allah kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman”. [Al-Maidah : 23].
ii. Mengingkari nikmat Allah, sama ada yang kelihatan atau tidak. Firman Allah : “Tidakkah kamu lihat bahawa Allah memudahkan kamu apa-
apa yang ada di langit dan di bumi. Ia telah menurunkan kepadamu nikmat-
nikmat-Nya yang lahir dan batin. Tetapi sebahagian dari manusia membantah
tentang keesaan Allah tidak dengan ilmu atau petunjuk mahupun kitab yang
memberi penerangan”. [Luqman : 20]
iii. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah. Firman Allah : “Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Taala”. [Al-An’am : 162].
iv. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan atas ketetapan yang digariskan oleh Allah. Firman Allah : “...menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia pemberi keputusan yang paling baik”. [Al-An’am : 57]
v. Mentaati selain Allah tanpa keredhaan-Nya. Firman Allah : “Hai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah
kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa di antaramu. Sekiranya kamu
berbantahan dalam sesuatu perkara, kembalikannya kepada Allah dan Rasulnya
jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat”. [An-Nisa’ : 59]
vi. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam, apatah lagi keseluruhannya.
vii. Menghalalkan yang diharamkan Allah dan mengharamkan yang Allah halalkan.
Firman Allah : “Sesungguhnya yang mengadakan kebohongan, hanyalah orang–
orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang
pendusta”. [An Nahl : 105]
viii. Mengangkat orang-orang kafir dan munafiq sebagai pemimpin, serta tiada sifat cintakan muslim yang lain.
ix. Tidak beriman sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
x. Menghina dan tidak mengiktiraf kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Dari segi istilah = kumpulan individu muslim (afradul muslim) yang beriman dengan Allah s.w.t., berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk
memahami dan menghayati Islam.
Kepentingan usrah bagi umat islam, antaranya:
1.Membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah
2.Ikatan terjalin dengan satu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah).
3.Merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang memahami Islam dan sanggup berjuang untuknya.
Matlamat/Tujuan Usrah
1. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul.
2. Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.
3. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam.
4. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah s.w.t.
Rukun Usrah
Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara iaitu:
a) At-Ta’aruf (berkenalan)
1) Berkenalan secara mendalam yang menimbulkan kasih sayang yang mesti dibuktikan dengan amalan dalam kehidupan seharian, bukannya sekadar teori semata-mata.
2)Perkenalan daripada kedua belah pihak, salbi dan ijabi, pemberi dan penerima, kenal yang benar-benar tahu selok- belok saudara kita, supaya kita dapat membuat dan bertindak atau memberi tanggungjawab yang sesuai dengan dirinya.
Firman Allah s.w.t. maksudnya:
“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu” [Al-Hujurat : 10].
Firman Allah s.w.t. lagi:
“...dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali Allah kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah....” [Ali Imran : 103].
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
“Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak juga rnembiarkannya”.
Dalam sebuah riwayat lain, baginda bersabda:
“Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal, maka seluruh badan akan menaсggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam.”
b) At-Tafahum (faham-memahami)
· Saling faham memahami sesama ahli usrah bertujuan supaya dapat membuahkan suatu sikap, suatu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama beramal dengan bersama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sesama ahli dan disusuli dengan nasihat–menasihati antara satu dengan yang lain.
· Namun harus diingat dan diberi perhatian agar nasihat-menasihati ini tidak menimbulkan perasaan tidak senang dalam usrah.
· Dalam memberi nasihat, kedua-dua pihak haruslah bersedia menerima nasihat dan berterima kasih atas nasihat tersebut, juga janganlah timbul perasaan suudz dzon (buruk sangka) terhadap sahabatnya itu.
·Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati.
·Pemberi nasihat janganlah sekali-kali menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah merahsiakan kesilapan dan keaiban sahabatnya itu.
·Dalam apa jua keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap sahabat yang bersalah tadi, malah hendaklah memberikan kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepada pemberi nasihat. Ini kerana martabat “berkasih sayang kerana Allah” adalah setinggi-tinggi martabat kasih sayang sesama manusia.
c) At-Takaful (Bantu-membantu)
·Bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Rukun ini adalah dasar memelihara nasib sesama sendiri, supaya jangan ada ahli yang terbiar dan terlantar, tidak terbela. Maksudnya, anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya.
· Takaful merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan dan merupakan intisari daripada ukhuwwah yang murni. Antara usaha yang dapat dilakukan ialah dengan saling bertanya khabar, saling menziarahi dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sekiranya seseorang kamu pergi menunaikan suatu keperluan saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf dalam masjidku selama sebulan”.
Pelaksanaan Usrah a) Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib.
b) Sembahyang berjama’ah, membaca Al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.
c) Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk tertentu yang telah ditetapkan dahulu, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teks silibus. Setiap naqib harus mempunyai silibus usrah dan bersedia dengan bahan untuk perbincangan pada usrah tersebut.
d) Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus untuk organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat islam di luar dan di dalam negeri.
e) Usrah dikehendaki bersurai pada masa yang ditetapkan sesudah membaca tasbih kafarah dan surah Al-‘Asr.
Adab-adab Usrah
• Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah s.w.t. sebagaiman firman-Nya: “Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Taala”. [Al-An’aam : 162].
• Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang ditetapkan.
• Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah.
• Datang ke majlis usrah dalam keadaan berwudhu’.
• Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Quran, teks usrah dan buku catatan.
• Hadir usrah dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.
• Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t, serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah.
• Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar.
• Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan.
Merupakan biro Agama Islam di bawah naungan PKPMI Malang. Blog ini diterbitkan bagi mempermudahkan lagi komunikasi dan dakwah kepada muslimin dan muslimat PKPMI cawangan Malang.