BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 3, 2009

USRAH MINGGU KEEMPAT

AKHLAK ISLAMIYYAH

Pengertian

Bahasa- al-khulq: tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku, maruah dan adat kebiasaan.
- al-khalq: kejadian, ciptaan, bermaksud kejadian yang indah dan baik.
Istilah- sifat yang tertanam di dalam diri iaitu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan paksaan. Firman Allah s.w.t : “ Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung” [Al-Qalam : 4]


Prinsip-prinsip utama pembinaan akhlak dan rohaniah manusia

1. Beriman kepada Allah dengan sebenar-benar Iman
2. Membenarkan risalah Muhammadiah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah
3. Membenarkan Al-Quranul dah as-sunnah serta mengamalkan kedua-duanya
4. Niat yang baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku baik
5. Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
6. Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
7. Keadilan syara’
8. Beriman dengan hari kebangkitan dan hari kiamat


Pembentukan Akhlak Islamiyyah

1. ilmu pengetahuan
2. menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan
3. keazaman dan motivasi diri yang tinggi
4. ibadah yang kuat dan ikhlas
5. bergaul dengan orang yang baik akhlaknya
6. membiasakan diri dengan kebaikan
7. sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat


Al-’Afwu wal Ihsan (memaafkan dan belas kasihan)

Memaafkan- menghilangkan sesuatu hukuman atau pembalasan yang semestinya diterapkan kepada seseorang yang bersalah. Tetapi hanya diperbolehkan memberi maaf yang berhubungan dengan urusan peribadi sahaja, bukan sekali-kali yang berhubungan dengan hukuman menurut syariat Islam.

Orang yang memberikan pengampunan itu darjatnya sangat tinggi di sisi Allah, kerana dapat menyebabkan peningkatan dalam ketakwaan kepada Allah. Firman Allah s.w.t ” Dan jikalau engkau semua memberi maaf, itu adalah lebih mendekati ketakwaan.” [Al-Baqarah: 237].


Al-Itsar (melebihkan orang lain dari kepentingan sendiri)

Lebih mementingkan keperluan orang lain daripada keperluannya sendiri, sekalipun ia sendiri amat memerlukan, sebab menurut anggapannya bahawa orang lain itulah yang lebih memerlukan daripada dirinya sendiri. Sebagaimana Allah s.w.t berfirman ”..bahkan mereka (kaum Ansar) mengutamakan (kaum muhajirin) dari diri mereka sendiri, meskipun pada sesuatu yang mereka berhajat kepadanya” [Al-Hasyr: 9].

0 comments: