BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label Liputan aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Liputan aktiviti. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

Slm Maulidur Rasul 1431 H....

Assalamualaikum wbt.




Walaupun Rasulullah telah tiada tetapi baginda telah berpesan kepada kita selaku umatnya supaya sentiasa berpegang tetap kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Pengorbanan baginda terlalu agung sehingga kita dapat merasakan nikmatnya berada didalam agama Islam. Lirik ini dapat mengenangkan kembali betapa kasihnya Rasulullah kepada kita.

(Ya Rasulullah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Tuesday, June 9, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT




Tarikh: 11 Jun 2009/17 Jamadilakhir 1430H

Masa: 5.30 petang

Tempat: Musolla asy-syifaa'


Tentatif program: 5.30-6.30 ptg= Solat maghrib berjemaah
Solat hajat berjemaah

Bacaan Yasin

6.30 ptg= Solat Isyak berjemaah

Tazkirah ringkas
Jamuan

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Makanan disediakan dengan bayaran sebanyak rp 5000.

Tuesday, March 31, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT




Tempat: Musolla Asy-Syifaa'
Hari: Khamis
Tarikh: 2/4/2009 (6 Rabiul Akhir 1430H)
Masa: 5.45 petang

Sila berpakaian sopan dan membawa buku Surah Yasin masing-masing


Aturcara Majlis

1. Solat Maghrib
2. Solat Hajat
3. Bacaan Yasin
4. Solat Isya’

Setiap rumah diminta untuk
menyediakan makanan bagi
memeriahkan lagi majlis

Friday, March 27, 2009

MARI KITA KE USRAH




TAJUK: SOLAT


TARIKH: 28/3/2009 (1 RABIUL AKHIR 1430H)
TEMPAT: MUSOLLA ASY-SYIFA'
MASA: 3 PETANG (BA'DA ASAR)
PAKAIAN SOPAN


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Thursday, March 12, 2009

Program Diskusi Al-Qur'an


PDA (Program Diskusi Al-Qur'an)

"KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH'

TARIKH: 14/3/2009 (17 RABIUL AWAL 1430H)
TEMPAT: MUSOLLA ASY-SYIFA'
MASA: 3 PETANG (BA'DA ASAR)
PAKAIAN SOPAN

Sila bawa tafsir al-Qur'an masing-masing

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
Anjuran Bersama: BASISMA dan BADARI

Maulidur Rasul 1430H

Pada hari Isnin lepas, tanggal 9/3/2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H, BASISMA PKPMI dan BADARI UMNO telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini telah dihadiri seramai 70 orang ahli PKPMI dan UMNO cawangan Malang dan turut disertai oleh kakak-kakak KOAS. Majlis dimulakan dengan kupasan serba sedikit mengenai biodata Rasulullah SAW oleh saudara Akmal. Majlis ini kemudiannya diserikan lagi oleh ustaz jemputan, Ustaz Wisnu Sasongko bersama isterinya. Beliau merupakan dosen tetap di Universitas Brawijaya. Beliau juga merupakan penulis buku 'Armageddon: Peperangan Akhir Zaman, Menurut Al-Quran, Hadits, Taurat dan Injil' dan 'Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat'.



Dalam majlis ini, Ustaz Wisnu Sasongko telah menghuraikan serba sedikit isi kandungan buku keduanya iaitu 'Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat'. Buku ini menerangkan mengenai fenomena asap global yang merupakan salah satu tanda kiamat seperti yang telah tertulis di dalam surah Ad-Dukhaan dan telah disabdakan Nabi SAW bakal datang menutupi seluruh dunia sehingga seluruh manusia akan terkena dan merasai kesannya. Alhamdulillah, pelbagai info serba sedikit telah kami dapatkan dari sesi selama 1 jam 15 minit itu.


Selepas sesi ceramah itu, solat asar berjamaah, bacaan al-mathurat dan selawat telah disempurnakan dengan diketuai saudara Akmal, 2008 dan saudara Firdaus,2007. Kemudian, para hadirin dan hadirat yang hadir telah dijamu hidangan pulut kuning dan kari ayam. Alhamdulillah, habis tidak bersisa makanan yang telah dijamu:)


Syukran jazilan pada semua. Semoga majlis ini diberkati Allah dan semoga bertambah subur cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW. Pihak BASISMA dan BADARI memohon seribu kemaafan seandainya terdapat perkara yang kurang disenangi sepanjang majlis dijalankan.

" Pst: HA KAWAN2..JANGAN LUPA RAJIN2 AMALKAN SELAWAT.JANGAN TUNGGU MAULIDUR RASUL JE BARU NAK SELAWAT..INSYAALLAH..SEMOGA DAPAT PAHALA DAN SENTIASA TERSEMAT SELAWAT NABI DAN ZIKRULLAH DALAM HATI KITA..BIASAKAN DIRI ANDA DENGAN SELAWAT DAN ZIKRULLAH... be proactive.. jangan jadi reaktif. INSYAALLAH..MOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ILAHI..AMEEN"

Saturday, February 28, 2009

Smbutn Maulidur Rasul 1430H





9 Mac 2009 (Isnin)

1.30pm- 5.00

Musollah As-Syifa’, FKUB

Berpakaian sopan

Akt : Solat Asar berjemaah

Bacaan al-Mathurat

Selawat Nabi

Jamuan Pulut Kuning

Makanan disediakan dengan bayaran.

Sila jelaskan Rp 10 000 kepada wakil-wakil berikut sebelum Khamis (5 Mac 2009)

2008 : Akmal

2007 : Firdaus

2006 : Laila Mastura

2005 & Koas : Raja Ruzana & Siti Khodijah

"WAHDAH PEMANGKIN KHAYRU UMMAH"


Saturday, January 10, 2009

PALESTIN




"Untukmu jiwa dan Harta Kami, Al-Aqsa"

Masjid An-Nur, Jagalan Malang (kat Kampung Arab, area alun2)
Jl Kapten Piere Tendean gang 1C/7C

9.00 pagi

Ceramah dari:
1)Utz Abdullah al-Hadromi...
2)Utz Ir Andri Kurniawan, M. Ag
(Perwakilan KISPA
-Komite Indonesia Untuk Solidaritas Palestin)
Untuk informasi yang lebih lanjut boleh la menghubungi:
0341-336476

Thursday, January 8, 2009

TABUNG PEDULI PALESTIN


"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik"(Al-Ma'idah: 82)

SAHABATKU....

Apakah yang perlu kita lakukan dari jauh di sini??
Apakah sekadar memerhatikan dan sekadar bersimpati atas nasib yang menimpa mereka???

Hulurkanlah bantuan walau hanya menyumbang seribu rupiah..semoga dgn sumbangan kecil ini..mampu sedikit sebanyak meringankan beban mereka...

Hulurkanlah juga bantuan dengan panjatan doa penuh ikhlas kepada Allah agar saudara Islam kita dilindungi dan diberi kekuatan semangat dan diteguhkan iman mereka..semoga dengan rahmat kasih sayangNya, bumi Palestin bebas dr cengkaman zionis..ameen
ingatlah bahawasanya DOA merupakan SENJATA ORG MUKMIN..insyaAllah..

Sumbangan boleh diberi kepada wakil setiap angkatan selewat2nya pagi sabtu (10/1/2009)

KOAS dan 2005: Saudari Shamim dan Saudari Faizah Syuhadah
2006: Saudari Aimi dan Saudari Mastura
2007: Saudara Firdaus dan Saudari Hazirah
2008: Saudara Akmal dan Saudari Alia

Sumbangan ini akan disalurkan ke Palestin menerusi Masjid An-Nur..
(KERJASAMA BASISMA PKPMI DAN BADARI UMNO)



Saturday, January 3, 2009

MOMENTUM ISLAM EDISI KEDUA

MENARIK EDISI INI:

SUARA PALESTIN
- Bulan Islam: Muharram
- Hijrah ke Madinah

- Fadhilat Muharram
- Kisah Taubat Seorang Perompak

- Islam & Teknologi
-Tidur yang optimum & menyihatkan







Kepada yang memesan naskah Momentum Islam, bolehlah mendapatkannya dari setiap wakil kost anda. Bagi angkatan 2005 dan ke atas, naskah anda telah diberikan kepada Saudari Raja Ruzanna.

Kami masih mempunyai 5 naskah yang masih belum dimiliki. Bagi yang mahu memilikinya boleh menghubungi Saudari Wardah (087859251586).

CEPAT...SELAGI STOK MASIH ADA.


USRAH TERAKHIR SEMESTER INI

Tarikh : 3/1/2009
Waktu : 3.30 petang

Tempat : Musolla asy-syifaa' FKUB
Tajuk : Akhlak Islamiyyah

Semua Muslimin dan Muslimat Malaysia dijemput hadir
Berpakaian Sopan

BRAVELY SUPPORT ISLAMIC MOVEMENT

Sunday, December 28, 2008

Sambutan Maal Hijrah 1430...



"Menjana Ummah Gemilang"



28 Disember 2008
HARI INI!!
4.30 ptg
Musolla As-Syifa’, FKUB
Berpakaian sopan
Semua ahli dijemput hadir

Aturcara majlis:
4.30pm: Kedatangan
4.45pm: Bacaan doa akhir tahun
5.30pm: Solat Maghrib berjemaah dan bacaan doa awal tahun
6.00pm: Pengisian serta bacaan Yasin
6.45pm: Solat Isyak & Hajat berjemaah

Makanan disediakan dengan bayaran...
Kepada yg masih belum membayar rp 5000, bolehlah berbuat demikian kepada Mastura pada majlis petang nanti.

Bersama Berhijrah Mencapai Al-Falah...


Sunday, December 14, 2008

Pelancaran Momentum Islam


Momentum Islam edisi aula telah dilancarkan hari ini tanggal 14 Disember 2008 bersamaan 16 Zulhijjah 1429H, dalam mesyuarat ahli PKPMI Malang dan telah diedarkan kepada wakil setiap angkatan secara percuma.

2003: Saudari Nurul Hidayah
2004: Saudari Nuzul Evana
2005: Saudari Faizah Syuhadah
2007: Saudara Suhail
2008: Saudara Mohamad Akmal

Untuk edisi seterusnya, Momentum Islam Edisi Kedua akan dijual dengan harga Rp 1500. Bagi mana-mana ahli yang ingin membuat tempahan, sila hubungi wakil-wakil setiap angkatan masing-masing selewat-lewatnya 5 Januari 2009.

2003: Saudari Nurul Hidayah
2004: Saudari Noor Aliza
2005: Saudari Raja Ruzanna
2006: Saudari Aimi/ Mastura
2007: Saudara Firdaus
2008: Saudari 'Aqilah

atau boleh terus menghubungi AJK BASISMA 2007/2008:

Saudara Firdaus: 081803865366
Saudari Aimi: 081805100887
Saudari Wan Mastura: 081805100912

Marilah sama-sama kita mendapatkan naskhah Momentum Islam untuk menambah pengetahuan smbil menambah dana BASISMA =)

Saturday, December 6, 2008

PELANCARAN BASISMA

MOTO BASISMA
“Bravely Support Islamic Movement”

OBJEKTIF BASISMA
Sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas pelajar Islam Malaysia dengan menganjurkan pelbagai pengisian yang berfaedah.

VISI BASISMA

Memperbudayakan Islam sebagai cara hidup seharian

MISI BASISMA

· Mengeratkan hubungan persaudaraan antara muslim dengan memanfaatkan kualiti masa bersama

· Mewujudkan insan yang mempunyai kemuliaan akhlak disamping berprestasi tinggi

· Mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menerapkan unsur-unsur jiwa Islamiah.

· Memantapkan pengetahuan ahli melalui program usrah dan ceramah

PERANCANGAN TAHUNAN

· Merekacipta nama BASISMA, logo dan moto

· Menerbitkan risalah Momentum Islam setiap bulan

· Membuat blog BASISMA

· Menyambut perayaan sempena hari kebesaran Islam

· Mengadakan usrah setiap hari Jumaat

· Mengadakan “Muslimah Night” disertai dengan busana muslimah dan pertandingan nasyid

· Menganjurkan khemah ibadah dan ceramah dengan dihadiri panel jemputan

· Menambahkan dana BASISMA dengan mengadakan jualan risalah, penanda buku islam, dan sebagainya

· Menyediakan teks doa bagi setiap upacara yang berkaitan

· Mengadakan solat hajat dan bacaan Yaasin sempena peperiksaan

· Mengadakan majlis bacaan doa awal dan akhir tahun hijrah