BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 12, 2009

Maulidur Rasul 1430H

Pada hari Isnin lepas, tanggal 9/3/2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H, BASISMA PKPMI dan BADARI UMNO telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini telah dihadiri seramai 70 orang ahli PKPMI dan UMNO cawangan Malang dan turut disertai oleh kakak-kakak KOAS. Majlis dimulakan dengan kupasan serba sedikit mengenai biodata Rasulullah SAW oleh saudara Akmal. Majlis ini kemudiannya diserikan lagi oleh ustaz jemputan, Ustaz Wisnu Sasongko bersama isterinya. Beliau merupakan dosen tetap di Universitas Brawijaya. Beliau juga merupakan penulis buku 'Armageddon: Peperangan Akhir Zaman, Menurut Al-Quran, Hadits, Taurat dan Injil' dan 'Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat'.



Dalam majlis ini, Ustaz Wisnu Sasongko telah menghuraikan serba sedikit isi kandungan buku keduanya iaitu 'Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat'. Buku ini menerangkan mengenai fenomena asap global yang merupakan salah satu tanda kiamat seperti yang telah tertulis di dalam surah Ad-Dukhaan dan telah disabdakan Nabi SAW bakal datang menutupi seluruh dunia sehingga seluruh manusia akan terkena dan merasai kesannya. Alhamdulillah, pelbagai info serba sedikit telah kami dapatkan dari sesi selama 1 jam 15 minit itu.


Selepas sesi ceramah itu, solat asar berjamaah, bacaan al-mathurat dan selawat telah disempurnakan dengan diketuai saudara Akmal, 2008 dan saudara Firdaus,2007. Kemudian, para hadirin dan hadirat yang hadir telah dijamu hidangan pulut kuning dan kari ayam. Alhamdulillah, habis tidak bersisa makanan yang telah dijamu:)


Syukran jazilan pada semua. Semoga majlis ini diberkati Allah dan semoga bertambah subur cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW. Pihak BASISMA dan BADARI memohon seribu kemaafan seandainya terdapat perkara yang kurang disenangi sepanjang majlis dijalankan.

" Pst: HA KAWAN2..JANGAN LUPA RAJIN2 AMALKAN SELAWAT.JANGAN TUNGGU MAULIDUR RASUL JE BARU NAK SELAWAT..INSYAALLAH..SEMOGA DAPAT PAHALA DAN SENTIASA TERSEMAT SELAWAT NABI DAN ZIKRULLAH DALAM HATI KITA..BIASAKAN DIRI ANDA DENGAN SELAWAT DAN ZIKRULLAH... be proactive.. jangan jadi reaktif. INSYAALLAH..MOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ILAHI..AMEEN"

0 comments: