1. THAHARAH (BERSUCI)
Pengertian
Istilah bahasa – membersihkan.
Istilah syara’ – membersihkan diri dari hadas dan najis hingga membolehkan seseorang itu mengerjakan ibadah.
1) Hadas- sesuatu yang keluar dari 2 jalan (qubul dan dubur).
2) Najis - sesuatu yang kotor yang melekat pada badan, tempat dan pakaian, yang berasal dari luar dan/atau dalam diri manusia.
Bersuci- WAJIB bagi orang yang hendak beribadah kepada Allah. Bahan yang boleh digunakan untuk bersuci ialah:
1) Air
2) Batu dan benda keras seumpamanya
3) Tanah atau air yang bercampur tanah
4) Benda-benda yang tajam
Pengertian dan Pembahagian Najis
Istilah bahasa- benda-benda yang kotor
Istilah syara’ – benda yang menghalang sahnya ibadat kerananya
2. MANDI WAJIB
Pengertian
Mandi kerana membersihkan tubuh badan dan meratakan air ke seluruh kulit dan bulu kerana berlakunya hadas besar atau mati.
Perkara-perkara yang mewajibkan mandi
1. Bersetubuh ( jima’)
2. Keluar mani
3. Haid
4. Nifas
5. Wiladah
6. Mati
7. Orang kafir bila masuk Islam
Rukun-rukun mandi wajib
1. Niat- “Sahaja aku mengangkat hadas besar fardhu kerana Allah Taala”
2. Meratakan air ke seluruh badan
* untuk melakukan mandi yang sempurna, hendaklah kita mencontohi cara mandi Rasulullah s..a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., katanya “ Apabila Rasulullah s.a.w mandi junub, mula-mula dicucinya tangannya, kemudian diulangkan air dengan tangan kanan ke tangan kiri, lalu dicucinya kemaluannya. Kemudian beliau mengambil wuduk seperti wuduk untuk solat, sesudah itu diambilnya air lalu dimasukkannya air itu dengan anak-anak jarinya ke pangkal rambutnya, sehingga apabila dirasakannya air itu sudah merata,maka disiram kepalanya 3x. Kemudian disiramnya seluruh tubuhnya, dan sesudah itu dicucinya kedua-dua kakinya”. [H.R. Muslim]
Perkara-perkara sunat mandi wajib:
1. Dimulai dengan Basmallah
2. Membasuh kedua-dua belah tangan,kemudian membasuh kemaluan dengan tangan kiri
3. Mengambil wuduk seperti wuduk hendak solat
4. Menggosok-gosok anggota yang dibasuh
5. Mendahulukan yang kanan
6. Membasuh sebanyak tiga kali
7. Menggosok-gosok rambut dengan jari agar air sampai ke kulit kepala
8. Mnadi di tempat yang tertutup
9. Muwalah ( berturut-turut)
10. Membaca doa wuduk selepas mandi
Perkara-perkara haram yang dilakukan orang yang berhadas besar
1. Solat [An-Nisa ; 43]
2. Tawaf
3. Menyentuh Al-Qur’an
4. Membaca Al-Qur’an
5. Menetap di dalam masjid
Saturday, January 3, 2009
USRAH MINGGU KETIGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment