BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 4, 2008

USRAH MINGGU KEDUA

SYAHADATAIN DAN TUNTUTANNYA

~ Pengertian dan pengiktirafan syahadatain tidak akan terhasil melainkan dengan mengucap dan melafazkan kalimah syahadah yang bermaksud: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku bersaksl bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah”~

PENGERTIAN SYAHADATAIN

- Berasal dari perkataan Arab (syahada) : pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan


- Mengandungi perkataan ikrar, iktiraf dan iqtiqad (pengakuan, pengiktirafan dan kepercayaan).


- Syahadatain: kerana terdiri dari dua lafaz saksi – Lafaz pertama (LAFAZ TAUHID) dan lafaz kedua (SYAHADAT RASUL)


- Lafaz TAUHID : “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah” – mengesakan Allah SWT – wajib mengucapkan dgn lisan, meyakinkan dalam hati serta mengamalkan dgn perbuatan bahawa kita telah beriman kepada Allah dan apa saja yg difirmankanNya.

- Syahadat Rasul : “Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah” – menetapkan kebenaran diutusnya Rasulullah SAW kepada segenap manusia di seluruh alam dunia ini, bahkan kepada makhluk2 lain juga – beriman dengan Nabi Muhammad dan apa saja yg disabdakan olehnya.


- 3 macam pokok2 keimanan:

1) Ilahiyyat – keimanan berkaitan dengan ketuhanan Allah Ta’ala

2) Nabawiyat – keimanan berkaitan dengan para Nabi a.s

3) Sam’iyyat – keimanan berkaitan dgn apa2 yg didengar dan firman Allah SWT serta sabda Rasulullah SAW

Orang yg bersyahadah wajib mempercayai kebenaran apa yg dilafaz dan dikhabarkannya. Org yg bersyahadah hendaklah sedar dan tahu serta mengerti apa yg diucapkannya. Dia juga hendaklah yakin sgala pengajaran dan peraturan yg disampaikan melalui Al-Quran dan Al- Hadis adalah betul dan benar.

KEPENTINGAN SYAHADATAIN

Syahadatain merupakan rukun Islam pertama dr lima rukun Islam yg lain. Ia memiliki erti yg sgt penting bg seorg muslim:

Pintu masuk kepada Islam [al-madkhalu ilal Islam] (Ali-Imran:18, Al-A’raf:172, Muhammad:19): Dengan mengucap dua kalimah syahadah, seseorang telah diakui sebagai Muslim yang memiliki hak dan kewajipan yang sama dengan Muslim yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengucapkan la ilaha illallah, apabila mereka telah berkata la ilaha illallah, maka darah dan harta mereka menjadi suci (haram dibunuh/dirampas)”.

• Syahadatain merangkumi intisari ajaran Islam [khalashatu ta’alimil Islam] (Al-Baqarah: 21, Az-Zaariyat: 56)

Titik tolak perubahan [asasul inqilab] (Al-Ahzab: 23): Perubahan yang sangat mendasar dalam seluruh aspek kehidupan bermula dari syahadatain, perubahan dari jahiliyyah menuju Islam, dari kegelapan menuju kebenaran, dan dari ketinggalan menuju kemajuan.

Inti dakwah para rasul [haqiqatu da’watir rasul](Al-Mumtahanah: 4, Al-Kahfi: 110)

Fadhilat yang besar [fadhailu ‘azhimah]

KONSEP ‘AL-ILAH’

- Berasal dr perkataan arab yg terbentuk dr kata kerja aliha yg membawa erti:

i. Merasa tenteram kepadanya sehingga enggan meninggalkannya [sakana ilaihi] (Yunus: 7-8, Al-A’raf: 138)

ii. Berlindung dengannya kerana kagum kepada kekuatan, kehebatan dan kekuasaannya [istajara bihi] (Al-Jin: 6, Yasin: 74-75)

iii. Rindu kepadanya dan berusaha untuk selalu dekat dengannya [isytaqa ilaihi] (Al-Baqarah: 93, Thoha: 91)

iv. Sangat mencintai dengan ketulusan hati yang taat kepadanya [wuli’a bihi] (Al-Baqarah: 93, Thoha: 91)

Bila keempat-empat elemen di atas diketahui, diyakini dan dirasakan, maka ia akan menyembahnya dan siap mengorbankan apa saja untuk sesuatu yang dipuja itu dengan sepenuh cinta [kamalul mahabbah], kerendahan hati [kamalul tadzallul] dan ketundukan/kepatuhan [kamalul khudhu’]. Maka, sesuatu yang diperlakukan seperti itulah yang dikenali sebagai Ilah [tuhan]. Maka Ilah dapat didefinisikan sebagai :

i. Sesuatu yang diharapkan [al-marghub] : kerana kemampuannya memberi manfaat dan memenuhi permintaan (Al-Baqarah: 163-164)

ii. Sesuatu yang ditakuti [al-marhub] : kerana ia akan marah dan menyiksa sesiapa yang menentang dan membangkangnya (Al-Baqarah: 186, Mukmin: 60, Al-Anbiya’: 90-91)

iii. Sesuatu yang diikuti [al-matbu’] : kerana jaminan keselamatan darinya (As-Shoffat: 99, Az-Zaariyat: 50)

iv. Sesuatu yang dicintai [al-mahbub] : kerana berbagai keistimewaannya (Al-Baqarah: 165, At-Taubah: 24)

Hasil gabungan dari al-marghub, al-marhub, al-matbu’ dan al-mahbub ini menghasilkan konsep besar dalam mendefinisikan Ilah iaitu ‘Al-Ma’bud’. Islam memandang bahawa sesuati yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan tersebut hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan memperlakukan kepada sesuatu selain Allah apa jua sifat-sifat yang diberikan kepada Allah s.w.t. adalah kemusyrikan besar yang sangat dibenci oleh Allah s.w.t.

7 SYARAT-SYARAT PENERIMAAN SYAHADATAIN
i. Pengetahuan, bukan kebodohan
ii. Keyakinan, tanpa keraguan
iii. Keikhlasan, tanpa kesyirikan
iv. Kejujuran, bukan dusta
v. Kecintaan, bukan kebencian
vi. Penerimaan, tanpa penolakan
vii. Kepatuhan, bukan keengganan

Dengan memenuhi ketujuh-tujuh syarat tersebut akan menjadikan seseorang itu redha menerima Allah sebagai tuhannya, redha mengakui Rasulullah sebagai suri teladan hidupnya dan redha menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN SYAHADATAIN

i. Mendakwa bahawa Allah Ta’ala itu lebih dan satu, erti¬nya melakukan syirik atau menyekutukan Allah dengan sesuatu benda yang selain-Nya.

ii. Ragu-ragu atau sangsi tentang adanya Zat Allah Ta’ala atau tentang sifat-Nya, baik yang wajib mahupun yang mustahil

iii. Mengingkari bahawasanya dirinya atau makhluk yang ada di alam semesta ini diciptakan oleh Allah Ta’ala

iv. Tidak mengiktirafi perutusan Rasulullah sebagai utusan pesuruh Allah, serta meninggalkan segala suruhan baginda

10 PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN SYAHADATAIN

i. Bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah s.w.t.
Tawakkal bukan bererti meninggalkan usaha yang dilakukan, bahkan kita dituntut agar tidak mudah berputus asa. Tawakkal hanya kepada Allah, tempat bagi mukmin mengadu dan bergantung harap. Firman Allah : “Dan hanya kepada Allah kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman”. [Al-Maidah : 23].

ii. Mengingkari nikmat Allah, sama ada yang kelihatan atau tidak.
Firman Allah : “Tidakkah kamu lihat bahawa Allah memudahkan kamu apa-
apa yang ada di langit dan di bumi. Ia telah menurunkan kepadamu nikmat-
nikmat-Nya yang lahir dan batin. Tetapi sebahagian dari manusia membantah
tentang keesaan Allah tidak dengan ilmu atau petunjuk mahupun kitab yang
memberi penerangan”. [Luqman : 20]

iii. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah.
Firman Allah : “Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Taala”. [Al-An’am : 162].

iv. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan atas ketetapan yang digariskan oleh Allah.
Firman Allah : “...menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia pemberi keputusan yang paling baik”. [Al-An’am : 57]

v. Mentaati selain Allah tanpa keredhaan-Nya.
Firman Allah : “Hai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah
kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa di antaramu. Sekiranya kamu
berbantahan dalam sesuatu perkara, kembalikannya kepada Allah dan Rasulnya
jika kamu beriman kepada Allah dan hari kiamat”. [An-Nisa’ : 59]

vi. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam, apatah lagi keseluruhannya.

vii. Menghalalkan yang diharamkan Allah dan mengharamkan yang Allah halalkan.
Firman Allah : “Sesungguhnya yang mengadakan kebohongan, hanyalah orang–
orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itulah orang-orang
pendusta”. [An Nahl : 105]

viii. Mengangkat orang-orang kafir dan munafiq sebagai pemimpin, serta tiada sifat cintakan muslim yang lain.

ix. Tidak beriman sepenuhnya kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

x. Menghina dan tidak mengiktiraf kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.



0 comments: