Apabila......
Kau ingin bersahabat,
Janganlah kerana kelebihannya,
kerana mungkin dengan 1 kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan ! keburukan,
Kau akan membencinya.
Andai kau ingin sahabat yang satu,
Jangan kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai
menceriakan
Kau mungkin akan menyalahkannya.
Andai kau ingin sahabat
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa...
Jangan diharapkan sempurna
Kerana kau juga tidak sempurna...
Tiada yang biasa-biasa menjadi satu
yang Sempurna
Tapi bersahabatlah kerana Allah
Bersahabatlah kerana aqidah Islam
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah
Yang sama-sama dinaungi Islam
Allah telah berpesan INNAMAL MU'MINUL IKHWAH
Sudah jelas pesanan Kita semua bersaudara sedarah.
Jadi sahabatku
Bersahabatlah kerana Allah
Kerana kau dan aku
Hanyalah seorang Abdullah
Maafkan kesilapannya kerana
kau juga banyak silap
Berlapang dadalah sahabat
kerana itu serendah-rendah
ukhwah
Berkorbanlah sahabat
kerana itu setinggi-tinggi
ukhwah
Marilah sahabat marilah temanku,
Kita pupuk persaudaraan
kerana Ar- Rahman Ar-Rahim...
- dipetik drpd Daurah Matriks Semalaysia
Monday, April 5, 2010
Tentang Sahabat
Posted by BASISMA at 4:23 PM 0 comments
Majlis Solat Hajat...
MAJLIS SOLAT HAJAT
TARIKH : 23 RABIUL AKHIR 1431 H
TEMPAT : MUSHOLLA NUR SYIFA'
MASA : 5 PTG - SELESAI
Kutipan sebanyak 3 ribu selewat2xnya Rabu (7 / 04 / 2010 ) kpd :
2006 dan Co-ass : Wan Md Hafizi Bin Wan Mohamad
2007 : Mohd Firdaus Bin Yacob
2008 : Mohamad Akmal dan Nur Alia
2009 : Izzul Haziq Bin Zahba
Posted by BASISMA at 9:27 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)