Assalamualaikum setelah sekian agak lama blog ini menyepi kerana ketandusan idea untuk dikongsikan bersama, akhirnya alhamdulillah dari kami ada sedikit bahan usrah untuk dikongsi bersama-sama iaitu " Hadith Pertama" Dari Amir al-Mukminin Abu Hafs 'Umar Ibn Al-Khattab RA, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: Hanya segala amal bergantung dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. 2) 1 hadith dr Rasulullah, baginda berkata, sesiapa diantara umat baginda yg hafal 40 hadith mengenai islam, dia akan dibangkitkan dgn gol faqih (hadith ni hadith dhaif, tp ulama sepakat ambil utk diambil manfaat nye) dulu, ramai org kumpul2 hadith tetapi tiada seorang pun yang mengumpul asas2 islam, jadi imam nawawi yang mengumpulkan hadith tentang asas2 islam. 3) nama lain hadith ini : Hadith Ummu Qais Sewaktu nabi mahu berhijrah, tak pasti hijrah yg mana, ada sorg sahabat ini, dia berhijrah kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita, ummu qais itulah namanya..kemudian nabi Muhammad saw mengetahui niat sahabat ini… lalu, baginda pun bersabda menyebut hadith ini baginda mengeluarkan hadith ni bukan untuk perli sahabat...kerana boleh jd sahabat itu sudah bertaubat dan dia dpt pahala kerana dia juga sudah memberi pengajaran kepada orang lain. 4 ) Komponen hadith Secara kasarnya, hadith ni ada 2 component: Niat dan Hijrah Pertama, Rasulullah ingin menekankan, niat mesti betul..dah lama masuk islam, jadi wajib selalu membetulkan niat Kedua, berhijrah kerana bumi Allah ini luas. Yang Pertama, NIAT- segala amal bergantung kepada niat dan bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan Ayat dr surah al-Israa' ayat 19: "Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik." Maksudnye, setiap perbuatan kita ini bergantung kepada niat dan setiap orang akan mendapatkan sesuatu mengikut niatnya Contoh 1: Jika kita belajar, untuk kaya, kita akan berusaha untuk kaya… dengan izin Allah, jadilah dia orang yang kaya.. Contoh 2 : Jika kita belajar kerana Allah, kita akan belajar dengan adab yang betul, niat itu pasti selalu dijaga, untuk mendapatkan keredhaan Allah. Soalan X : Bagaimana ingin membetulkan niat? Kalau sahabat nabi dahulu, sebelum bergerak atau buat sesuatu, pasti memulakan niat dahulu. Kadangkala memang niat kita itu salah, kerana syaitan ini suka menghasut, namun jika tersedar bersegeralah beristighfar dan berta'awwudz serta membetulkan niat: membetulkan niat harus selalu dipraktis seperti tampal nota di meja belaja atau dimana-mana.. "btolkan niat anda!" Niat ini untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat Jawapan : Contoh 3 : Seperti solat, kita sudah solat selama 15 tahun, tetapi sepanjang solat ini, berapa kali niat benar-benar kerana Allah, dan semata- mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kemudian belajar, kalau niat kerana Allah... ilmu itu boleyh menolong di akhirat nanti… kerana adanya keberkatan pada ilmu itu dan lebih senang untuk diingati. Soalan X lagi : Jawapan: Untuk berubah memerlukan proses, perlahan-lahan perangai diubah dan selalu berdoa serta berusaha, pasti dibantu Allah. Apatah lagi sikap terbentuk ejak kecil, dan tidak boleh diubah secara drastik tetapi boleh diubah dengan menyibukkan diri pada hal yang lebih penting misalnya. Soalan Y : Bagaimana merasakan solat yang diterima Allah jika niat betul, dan solat yang tidak diterima jika niat salah?? Jawapan: tanda solat diterima ialah menjadi lebih baik. Allah jika sayang pada hambaNya Dia akan memberi nikmat iman dan membenci pada kekafiran.. Jika Allah menerima solat boleh dilihat pada diri jadi lebih baik atau sebaliknya. Soalan Z : Bagaimana kalau sebahagian diri sahaja baik tapi sebahagian yang lain tidak?? Jawapan : Maka perbaikilah solat, sering membuat solat sunat. Ingat Allah sentiasa melihat, malaikat selalu mencatat amalan dan niat. Pasti kita tidak mahu menerima amalan dengan tangan kiri, kita juga pasti tidak mahu kbur kita menjadi sempit, selalu dipukul di alam kubur, dan pastinya kita tidak mahu ke neraka, jadi selalulah kita BERTAUBAT dan berserah diri kepada Allah, sedangkan NABI MUHAMMAD selalu beristighfar, inikan pula kita. TIPS HARI INI : 1) Tampal reminder di tempat belajar ; remind remind membetulkan niat atau tampal ikrar pertama: Allah tujuan kami, Rasulullah tauladan kami, Al-Qur'an undang2 kami, jihad jln juang kami dan mati syahid cita2 tertggi kami 2) Betulkan niat, memperbaiki solat dan rajin beristighfar. InsyaAllah Allah menolong kita. Dia Maha Penyayang dan suka hambaNya berserah diri padaNya.
1) Hadith pertama
Pertama, kenapa Imam Nawawi mengumpul 40 hadith
Asal-usul hadith
Maka jadilah perbuatan kita itu sia-sia.Amat merugikan jika sesuatu yang kita lakukan, tetapi Allah tidak memberikan pahala sedikit pun.
Bagaimana jika sudah berniat untuk berubah menjadi orang yang lebih baik dari skrg tapi sering gagal, kekal seperti dulu lagi?? Ada tak tips untuk menjayakannya??
Wednesday, June 2, 2010
Sharing Usrah:Hadith Pertama
Posted by BASISMA at 1:34 PM 0 comments
Labels: Muhasabah
Subscribe to:
Posts (Atom)