BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT




Tempat: Musolla Asy-Syifaa'
Hari: Khamis
Tarikh: 2/4/2009 (6 Rabiul Akhir 1430H)
Masa: 5.45 petang

Sila berpakaian sopan dan membawa buku Surah Yasin masing-masing


Aturcara Majlis

1. Solat Maghrib
2. Solat Hajat
3. Bacaan Yasin
4. Solat Isya’

Setiap rumah diminta untuk
menyediakan makanan bagi
memeriahkan lagi majlis

Friday, March 27, 2009

MARI KITA KE USRAH




TAJUK: SOLAT


TARIKH: 28/3/2009 (1 RABIUL AKHIR 1430H)
TEMPAT: MUSOLLA ASY-SYIFA'
MASA: 3 PETANG (BA'DA ASAR)
PAKAIAN SOPAN


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

FAHAMI UJIAN SAKIT

Nikmat kesihatan dan kelapangan adalah dua perkara yang seringkali dilupakan dan diabaikan, kecuali apabila telah datang waktu sakit dan waktu sibuk. Perkara ini telah disebut oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:



Maksudnya: Ada dua (jenis) nikmat yang kebanyakkan orang terlalai olehnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (senggang).

(Hadis riwayat al-Bukhari)



Sepatutnya manusia apabila memperolehi nikmat kesihatan dan kesenangan duniawi (kelapangan) akan merasa syukur dan puas, kerana merasakan sebahagian daripada keperluannya sudah mencukupi. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Abu ad-Darda’:



Maksudnya: Sesiapa (di antara kamu) pada waktu pagi (berada) dalam keadaan sihat tubuh badannya dan aman jiwanya, mempunyai makanan pada hari itu, maka seolah-olah bagaikan dunia telah menjadi milik baginya.

Ibnu Hibban (Hadis riwayat)





Sakit Dan Jenisnya



Sesiapa jua, tanpa pengecualian, pernah sakit dan pasti suatu waktu akan menghadapi sakit. Samada seseorang itu menderita sesuatu penyakit akibat sebab-sebab tertentu ataupun ditimpa sakit secara mengejut atau tiba-tiba sahaja tanpa sebab yang jelas. Manakala orang-orang yang tidak pernah menghadapi sakit adalah suatu perkara luar biasa.



Tahap atau jenis penyakit itu juga berperingkat, sebahagiannya menghidap penyakit yang ringan saja dan sebahagiannya pula menghidap penyakit yang serius. Manakala proses sembuh juga berbeza, sesetengah pesakit ada kalanya sembuh dengan cepat, ada pula yang lambat atau tiada sembuh langsung.



Terdapat ayat-ayat dalam al-Qur’an yang menyebutkan mengenai sakit dan penyakit, antaranya firman Allah Ta‘ala:





Tafsirnya: Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam.

(Surah al-Baqarah: ayat 196)



Tafsirnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya dan semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit).”



(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu”, (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).”

(Surah Shaad: ayat 41-42)



Tafsirnya: Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka.

(Surah al-Baqarah: ayat 10)



Maka berdasarkan ayat-ayat di atas, antara jenis penyakit itu adalah penyakit jasmani dan rohani. Adapun penyakit jasmani (zahir) ialah penyakit yang dihidapi oleh manusia pada tubuh badannya seperti demam, sakit kepala, sakit perut dan sebagainya. Manakala penyakit rohani (batin) ialah penyakit dalaman yang berkaitan dengan roh atau jiwa seperti penyakit hati yang membawa kepada maksiat seperti hasad dengki, cemburu, tamak dan lain-lain.



Di samping itu, seseorang itu juga tidak terkecuali daripada mengalami perasaan duka nestapa, dukacita, gundah gulana, kesedihan, was-was dan lain-lain yang berkaitan dengan perasaan.



1. Sakit Merupakan Salah Satu Bentuk Ujian


Sesetengah individu mungkin menyempitkan skop ujian dan dugaan itu sebagai perkara-perkara yang negatif dan yang menyedihkan sahaja. Lalu dia hanya mengkategorikan ujian itu seperti ditimpa penyakit, kesusahan, kesedihan, kemiskinan, kematian, kemalangan, kesempitan, kegagalan dan seumpamanya. Sebenarnya tidak demikian. Ujian itu meliputi semua aspek kehidupan sama ada sesuatu yang baik atau sebaliknya seperti kesihatan atau kesakitan, kebaikan atau keburukan, kegembiraan atau kesedihan, kejayaan atau kegagalan, kemiskinan atau kekayaan.



Allah Ta‘ala dalam firmanNya telah menyatakan bahawa ujian, cubaan dan dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk:

Tafsirnya: Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

(Surah al-Anbiya’: ayat 35)



Firman Nya lagi:
Tafsirnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Surah al-Baqarah: ayat 155)


2. Sebagai Kaffarah (Penebus Dosa)

Allah Ta‘ala menjadikan cubaan dan ujian di dunia ini, samada dalam bentuk sakit, dukacita, kesedihan atau selainnya adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa seseorang itu. Adapun setelah menerima pembalasan di dunia, maka pembalasan itu adalah kaffarah, iaitu penebus bagi dosa tersebut. Terdapat banyak hadis yang menyatakan perkara ini dan antaranya ialah:

  • Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu mengatakan apabila diturunkan ayat 123 dari Surah an-Nisaa’ di atas, kami (orang-orang Islam) merasa sangat sedih. Lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

Maksudnya: Bersederhanalah (jangan terlalu berlebih-lebihan atau terlalu lalai) dan berusahalah melakukan (perkara) yang benar. Maka pada setiap musibah yang menimpa seorang muslim merupakan suatu kaffarah. Sekalipun (musibah itu berupa) bencana yang menimpanya atau duri yang menyucuknya.

(Hadis riwayat Muslim)

Antara bentuk musibah yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah seperti seseorang terjatuh atau terhantuk kakinya yang menyebabkan jari-jari kakinya sakit atau cedera.

  • Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

  • Dalam hadis yang lain pula:

Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Maka seorang mukmin apabila sembuh dari sakitnya, akan menjadikan sakitnya itu sebagai peringatan dan dia mengetahui bahawa penyakitnya itu adalah akibat atau balasan dari dosa-dosanya yang telah lalu. Kemudian dia menjadikannya sebagai iktibar dan pengajaran. Dia tidak akan mengulangi perbuatan dosa yang telah dilakukannya. Maka ujian sakit itu seterusnya menghapuskan dosanya sebagai kaffarah.

Berlainan orang munafik, apabila ditimpa penyakit dia tidak menjadikannya sebagai peringatan dan dia tidak pula bertaubat. Bahkan sakitnya itu tidak memberi faedah pada dirinya samada di masa yang lalu atau masa yang akan datang.

3. Diberikan Ganjaran

Para Rasul dan Nabi adalah ma‘shum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.

Imam an-Nawawi Rahimahullah seterusnya menerangkan bahawa ulama berkata: “Hikmah para nabi lebih berat ditimpa dugaan, kemudian mereka yang di bawah taraf para nabi dan seterusnya mereka yang di bawahnya lagi, adalah kerana mereka telah dikhususkan dengan kesabaran yang sempurna, ketelusan penyerahan diri kepada Allah dan dengan pengetahuan bahawa semua itu adalah nikmat daripada Allah Ta‘ala untuk disempurnakan bagi mereka kebaikan yang selayaknya, menggandakan bagi mereka ganjaran pahala dan (bagi mereka) menzahirkan kesabaran dan keredhaan mereka.”

Adapun bagi seorang mukmin, perkara yang sama juga boleh dicapai. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam antaranya ialah:

  • Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.”

(Hadis riwayat Muslim)

  • Dalam sebuah hadis qudsi daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘ahnu yang dimarfu‘kan kepada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Allah Azza wajalla berfirman: “Sesiapa yang Aku hilangkan kedua matanya lalu dia sabar dan mengharapkan pahala, nescaya Aku tidak suka baginya pahala selain syurga.

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

  • Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penyakit yang dideritainya. Menurut hadis tersebut, perempuan itu akhirnya memilih untuk bersabar sahaja dengan keadaanya agar dia memperolehi ganjaran yang lebih besar dengan bersabar. Perempuan itu berkata:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar menyembuhkanku.”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah bagimu, maka Allah akan menyembuhkanmu. Dan jika engkau mahu, maka bersabarlah dan (semoga) tiada hisab ke atasmu.”

Perempuan itu pun berkata: “Pasti aku akan (memilih untuk) bersabar dan (semoga) tiada hisab ke atasku.”

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Penutup

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa sakit atau penyakit, termasuk musibah yang lain, bagi para nabi merupakan ujian-ujian yang akan menambah atau mengangkat martabat mereka. Namun bagi yang selain mereka itu, ia merupakan salah satu bentuk ujian atau sebagai balasan terhadap dosa yang dilakukan di dunia. Maka jika ia dihadapi dengan sabar dan redha, pahala dan ganjaran yang lebih baik daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan mereka terima. Kesalahan atau dosa-dosa yang dilakukannya itu akan terhapus, malahan akan mengangkat martabat mereka. Di samping itu juga, ujian dan cubaan yang dihadapi itu adalah sebagai iktibar dan peringatan.

Adapun penyakit rohani yang membawa kepada maksiat dan dosa seperti syak wasangka, hasad dengki, tamak haloba, cemburu dan selainnya, ianya tidak akan membawa apa-apa kelebihan dan ganjaran melainkan kerugian dan dosa jua.

Saturday, March 21, 2009

Makmum masbuk,muwafiq

Makmum itu ada dua macam, iaitu masbuk dan Muwafiq. Makmum masbuk ialah yang tidak sempat mengikuti imamnya kerana tidak mempunyai waktu yang cukup untuk dapat digunakan membaca Fatihah, makmum muwafiq ialah yang mempunyai cukup waktu mengikuti imamnya untuk menyelesaikan bacaan Fatihah.

Keadaan makmum masbuq itu ialah:

1.Apabila sempat mengikuti imamnya ketika imam sedang meruku’, maka wajib terus ruku’ berserta imam dan Al-Fatihah gugur untuknya dan sudah dapat dihitung satu , jikalau ruku’nya itu dapat berthuma’ninah berserta imam.

2.Apabila sempat mengikuti imam ketika imam itu masih sedang berdiri, tetapi imam tadi terus ruku’ sebelum makmum itu selesai Fatihahnya, maka makmum itu wajib terus ruku’, jikalau ia di saat itu tidak sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz. Jadi kekurangan Fatihahnya yang belum sempat diselesaikannya itu menjadi gugur untuknya.

3.Apabila sempat mengikuti imam sewaktu imam itu masih sedang berdiri dan makmum itu sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz, tiba-tiba imam ruku’ sebelum makmum tadi menyelesaikan Fatihahnya. Dalam keadaan sedemikian ini makmum wajiblah membelakang sementara waktu yang dapat digunakan untuk menyelesaikan bacaan doa iftitah atau ta’awwudznya. Selanjutnya apabila makmum itu mempunyai kesempatan mengikuti imamnya dalam ruku’, maka dianggaplah satu rakaat untuknya, tetapi kalau imam itu sudah i’tidal sebelum makmum itu ruku’, maka dianggaplah bahawa makmum tadi sudah terlambat satu rakaat. Adapun kalau imam itu sudah bersujud sebelum selesainya makmum itu membaca, maka batallah shalatnya.

Adapun hukumnya makmum muwafiq ialah:

1. Makmum wajib menyempurnakan Fatihahnya. Jikalau imam itu ruku’ sebelum makmum menyelesaikan Fatihahnya, wajiblah makmum membelakang sebentar untuk menyempurnakan Fatihahnya itu.

2. Apabila makmum itu membelakang dari imamnya kerana perlu membaca Fatihah, maka ia boleh membelakang sampai hitungan tiga rukun, jikalau ada uzur sebagaimana di bawah ini:

(a) Apabila makmum muwafiq itu memang lambat membacanya yakni tidak dapat bersegera menyelesaikannya dan bukan kerana was-was dalam bacaannya, padahal imamnya sedang dalam membacanya yakni tidak terlampau cepat atau perlahan.

(b) Apabila makmum itu terlupa dalam membaca Fatihah dan ingat sebelum ruku’ berserta imamnya. Maka jikalau ingatnya itu sesudah ruku’nya imam, makmum tersebut tidak perlu membaca Fatihah, tetapi wajib terus mengikuti imamnya sehingga salam.

(c) Apabila makmum sedang membaca doa iftitah atau ta’awwudz dan mempunyai sangkaan bahawa ia akan mempunyai kesempatan waktu untuk mengikuti imamnya untuk membaca Fatihah, tiba-tiba kesempatan itu tidak ada. Jadi persangkaannya salah. Dalam hal ini, jika makmum itu nyata sudah terlambat dan tidak sempat mengikuti imamnya untuk melakukan ruku’, maka dianggaplah ia terlambat satu rakaat dan ini wajib disempurnakan (yakni yang satu rakaat tadi) setelah selesai salamnya imam.

sumber: Tarbiyyah Bersistematik Edisi 3 (insyaAllah, akan diterangkan lagi dalam usrah minggu hadapan)

Friday, March 13, 2009

For You and Me

When the world was full of darkness and opression,
He worshipped his One Lord in seclusion,
Away from all idols, away from all deity,
In Cave Hiraa' he was chosen....FOR YOU AND ME.

As he propagated the Message True,
Not many believed him but a few,
He faced torture, persecution and agony,
Yet he endured it......FOR YOU AND ME.

They mocked him, they cursed him, a madman they called him,
With money they even tried to buy him,
They threw on him intestines and garbage so filthy,
But he patiently persisted.....FOR YOU AND ME.

A heart full of hope, he turned to another place,
Maybe they will believe in him; his was a familiar face,
But they stoned him, and pelted him with debris,
At Taif, he bled.......FOR YOU AND ME.

Such atrocity! The Heavens shock, the Earth cried,
He could have easily had them destroyed,
Yet he forgave them. If he didn't, we wouldn't be
For they were the ancestors.....FOR YOU AND ME.

In the Night of Israa', his Lord honored him,
Up to Seven Heavens He called him,
When the Order came for Prayes Fifty,
Ya Rabb, five. He pleaded......FOR YOU AND ME.

For thirteen years he spread Islam,
Teaching them the basic of Iman,
Yet they didn't understand; their hearts were empty,
So to Madinah he migrated......FOR YOU AND ME.

They tried to stop him, but his Message was unstoppable,
They tried to suppress him, but the Truth was inevitable,
He brought to the world, peace and equality,
He spread the LIGHT....FOR YOU AND ME.

He was truthful, upright, kind and compassionate,
He was humble, noble, brave and so gallant,
Kindness was his message even to his enemy,
Such was his teaching.....FOR YOU AND ME.

He was Allah's Beloved, his sins were forgiven,
But he worshipped all night till his feet were swollen,
Not for his own self concerned was he,
He prayed all night....FOR YOU AND ME.

It was his Ummah that was the cause of his worry,
His eyes would turn red, his beard so teary,
Our Hereafter was his anxiety,
He shed his tears......FOR YOU AND ME.

His was the perfect example,
Quran was his character, so noble was his sample,
He was sent to all creation as a mercy,
He is the Best.....FOR YOU AND ME.

If we follow his sunnah, uphold his way,
We will succeed surely on that Day,
No more tiredness, no more thirsty,
He will wait at Kauthar.....FOR YOU AND ME.

When all other Prophets will turn away,
Ummati..ummati..is what he will say,
"Forgive them, ya Allah!", will be his plea,
He will intercede....FOR YOU AND ME.

And now they try, as they tried once before,
To defame and slander him, but one thing's for sure,
THEY WILL NEVER EVER SUCCEED, FOR UNDOUBTEDLY,
He is the highest with the Almighty.

Look at what he did for you, look how much he loved you.
The big question is: what are YOU going to do?

Stand up and defend him, ya ummati!

The time is NOW.....FOR YOU AND ME.

But don't lose perspective, in a moment of passion,
Remember to behave in an Islamic fashion,
Don't respond to evil with violence and cruelty,
That's what he said.....FOR YOU AND ME.

Ya Rasulullah..we miss u so much.....

Thursday, March 12, 2009

Program Diskusi Al-Qur'an


PDA (Program Diskusi Al-Qur'an)

"KELEBIHAN SURAH AL-FATIHAH'

TARIKH: 14/3/2009 (17 RABIUL AWAL 1430H)
TEMPAT: MUSOLLA ASY-SYIFA'
MASA: 3 PETANG (BA'DA ASAR)
PAKAIAN SOPAN

Sila bawa tafsir al-Qur'an masing-masing

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
Anjuran Bersama: BASISMA dan BADARI

Maulidur Rasul 1430H

Pada hari Isnin lepas, tanggal 9/3/2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H, BASISMA PKPMI dan BADARI UMNO telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini telah dihadiri seramai 70 orang ahli PKPMI dan UMNO cawangan Malang dan turut disertai oleh kakak-kakak KOAS. Majlis dimulakan dengan kupasan serba sedikit mengenai biodata Rasulullah SAW oleh saudara Akmal. Majlis ini kemudiannya diserikan lagi oleh ustaz jemputan, Ustaz Wisnu Sasongko bersama isterinya. Beliau merupakan dosen tetap di Universitas Brawijaya. Beliau juga merupakan penulis buku 'Armageddon: Peperangan Akhir Zaman, Menurut Al-Quran, Hadits, Taurat dan Injil' dan 'Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat'.



Dalam majlis ini, Ustaz Wisnu Sasongko telah menghuraikan serba sedikit isi kandungan buku keduanya iaitu 'Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat'. Buku ini menerangkan mengenai fenomena asap global yang merupakan salah satu tanda kiamat seperti yang telah tertulis di dalam surah Ad-Dukhaan dan telah disabdakan Nabi SAW bakal datang menutupi seluruh dunia sehingga seluruh manusia akan terkena dan merasai kesannya. Alhamdulillah, pelbagai info serba sedikit telah kami dapatkan dari sesi selama 1 jam 15 minit itu.


Selepas sesi ceramah itu, solat asar berjamaah, bacaan al-mathurat dan selawat telah disempurnakan dengan diketuai saudara Akmal, 2008 dan saudara Firdaus,2007. Kemudian, para hadirin dan hadirat yang hadir telah dijamu hidangan pulut kuning dan kari ayam. Alhamdulillah, habis tidak bersisa makanan yang telah dijamu:)


Syukran jazilan pada semua. Semoga majlis ini diberkati Allah dan semoga bertambah subur cinta kita pada Allah dan Rasulullah SAW. Pihak BASISMA dan BADARI memohon seribu kemaafan seandainya terdapat perkara yang kurang disenangi sepanjang majlis dijalankan.

" Pst: HA KAWAN2..JANGAN LUPA RAJIN2 AMALKAN SELAWAT.JANGAN TUNGGU MAULIDUR RASUL JE BARU NAK SELAWAT..INSYAALLAH..SEMOGA DAPAT PAHALA DAN SENTIASA TERSEMAT SELAWAT NABI DAN ZIKRULLAH DALAM HATI KITA..BIASAKAN DIRI ANDA DENGAN SELAWAT DAN ZIKRULLAH... be proactive.. jangan jadi reaktif. INSYAALLAH..MOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ILAHI..AMEEN"

Sunday, March 8, 2009

Sejarah hidup Rasulullah

1. Kelahiran dan Empat Puluh Tahun Sebelum Kenabian


Nabi Muhammad SAW lahir di kota Mekkah pada hari Senin, tanggal 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah (dinamakan tahun Gajah karena pada saat itu pasukan bergajah yang dipimpin oleh Gubernur Yaman Abrahah ingin menghancurkan Ka’bah . Kemudian pasukan itu binasa seperti daun yang dimakan ulat. Q.S Al-Fiil), bertepatan dengan 570 M. Sebagian besar penduduk Mekkah menyemba berhala). Ayah beliau bernama Abdullah bin Abdul Muthalib, dan ibu beliau bernama Aminah binti Wahab. Abdullah bin Abdul Muthalib wafat ketika Rasulullah masih berada dalam kandungan. (Sebelum kelahiran Nabi Muhammad, masyarakat hidup pada zaman Jahiliyah yaitu zaman kebodohan. Sebagian besar penduduk Mekkah menyembah berhala)

Orang pertama yang menyusui beliau setelah ibunya adalah Tsuaibah .Kemudian beliau disusukan kepada Halimah binti Dzu’aib As-Sa’diyah hingga berumur 2 tahun, dan beliau diasuh Halimah selama 4 tahun.

Pada usia 6 tahun, nabi Muhammad SAW, dibawa oleh ibunya berziarah ke makam ayahnya di Yatsrib. Namun ketika sampai di Abwa’, ibunya meninggal dan dimakamkan di Abwa’. Dalam perjalanan tersebut ikut juga pengasuh beliau yang bernama Ummu Aiman. Kemudian Rasulullah diasuh kakeknya, selama dua tahun.

Saat beliau berumur 8 tahun, kakeknya meninggal dunia dan beliau di asuh oleh pamannya Abu Thalib. Pada usia 12 tahun, Rasulullah di bawa berniaga oleh Abu Thalib bersama kafilah dagang ke negeri Syam. Ketika tiba di Bashrah, beliau bertemu dengan pendeta Nasrani yang bernama Bahira (Bukhira) yang mengatakan kepada Abu Thalib bahwa kemanakannya memiliki tanda-tanda kenabian dan menyarankan agar Rasulullah dibawa kembali pulang agar tidak dicelakai orang Romawi dan Yahudi.

Pada tahun ke-14 dari kelahirannya, Rasulullah ikut dalam perang Fijar yang terjadi pada suatu tempat di antara Nakhlah dan Thaif, antara kabilah Quraisy dan sekutunya Bani Kinanah melawan Kabilah Qais ‘Ailan. Dalam hal ini Rasulullah ikut membantu paman-pamannya menyediakan anak panah.

Pada Usia 25 tahun Rasulullah dipercaya membawa barang perniagaan milik Khadijah binti Khuwailid untuk diperdagangkan ke negeri Syam. Kemudian Rasulullah menikah dengan Khadijah. Putra –putri beliau dari perkawinan dengan Khadijah adalah : Al-Qasim, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fathimah, dan Abdullah. Semua putra beliau meninggal ketika masih kanak-kanak, sedangkan putri beliau semua hidup pada masa Islam, namum meninggal semasa beliau masih hidup, kecuali Fathimah yang meninggal dunia enam bulan setelah beliau wafat.

Ketika Rasulullah berusia 35 tahun, kabilah Quraisy membangun kembali Ka’bah yang rusak akibat banjir. Tatkala pengerjaan sampai kepada peletakan Hajar Aswad, terjadi perselisihan tentang siapa yang paling berhak meletakkan kembali Hajar Aswad ke tempat semula.Untunglah ada seorang yang bijaksana yaitu Ummayah bin Mughirah dari bani Makzum. Atas usul Ummayah, mereka sepakat siapa yang paling pertama masuk melalui pintu Shafa, ialah yang menjadi pemutus perkara tersebut. Atas Kehendak Allah SWT, Rasulullah yang pertama memasuki pintu tersebut, dengan gembira mereka menyeru Al Amin (orang yang dapat dipercaya). Rasulullah membentangkan sehelai kain dan meletakkan Hajar Aswad ditengahnya, lalu meminta agar semua kepala kabilah memegang ujung selendang t dan mengangkatnya sampai ke tempat.


2. Dibawah Naungan Kenabian


Ketika usia Rasulullah mendekati 40 tahun beliau sering beruzlah (mengasingkan diri untuk memohon petunjuk kepada Allah SWT) di Gua Hira yang terletak di Jabal Nur. Tatkala usia beliau genap 40 tahun diangkat menjadi rasul dengan turunnya wahyu pertama surat Al-Alaq ayat 1-5 yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Rasulullah gemetar dan pulang menemui istrinya Khadijah dan berkata “Selimuti aku, selimuti aku”. Kemudian Khadijah membawa Rasulullah kepada pamannya yang bernama Waraqah bin Naufal dan Waraqah menyatakan yang datang kepada Rasulullah adalah malaikat Jibril.

a. Dakwah secara sembunyi-sembunyi (da’wah sirriyyah)

Dakwah secara sembunyi-sembunyi berlangsung selama 3 tahun. Pada dakwah permulaan itu empat orang yang dekat dengan Rasulullah menyatakan keislamanya, mereka disebut sebagai as-saabiquun al- awwalluun (orang yang pertama masuk Islam). Mereka terdiri dari : Khadijah (istri beliau), Abu Bakar Shiddiq (sahabat beliau), Ali bin Abi Thalib (keponakan beliau), dan Zaid bin Haritsah ( mantan budak beliau).

b. Dakwah secara terang-terangan (da’wah jahriyyah)

Dakwah secara terbuka dilakukan Rasulullah setelah mendapat perintah Allah SWT (Q.S Al Hijr ayat 94). Dakwah pertama secara terang-terangan dilakukan di bukit Shafa dekat Ka’bah dan mendapat cemoohan dari sebagian besar kaum Quraisy terutama pamannya sendiri Abu Lahab (Q.S Al-Lahab).

c. Reaksi kaum Quraisy atas dakwah Rasulullah

Beragam penindasan dilakukan kepada kaum muslimin ,antara lain :

- Ustman bin Affan digulung oleh pamannya dalam tikar kurma dan diasapi dari bawah.

- Bilal, budak milik Umayyah bin Khalaf al-Jumahiy, lehernya dililit tali dan diseret, ditindih dengan batu besar dan diletakkan di terik matahari lalu dibebaskan oleh Abu Bakar.

Pada Tahun kelima kenabian, Rasulullah memerintahkan kaum muslimin hijrah ke Habasyah (Ethiopia) untuk menghindari penyiksaan kaum musyrikin. Raja Habasyah pada waktu itu adalah Ashhimah an-Najasyiy.

Kekejaman kafir Quraisy semakin menjadi-jadi. Pada tahun ke tujuh kenabian, kaum muslimin dan seluruh Bani Hasyim serta bani Muthalib di asingkan di lembah Syi’ib. Kaum kafir Quraisy memboikot segala hubungan antara umat Islam dengan pihak lain, sehingga kaum muslimin menderita kelaparan. Pada tahun itu juga Rasulullah memerintahkan untuk hijrah ke Habasyah yang kedua kalinya.

d. Masuk Islamnya Hamzah dan Umar bin Khattab

Hamzah bin Abdul Muthalib masuk Islam pada prnghujung tahun keenam kenabian, pada bulan Zulhijjah. Sebab keislamannya, dikarenakan penyiksaan Abu Jahal kepada Rasulullah di bukit Shafa dan disampaikan kepada Hamzah oleh budak perempuan Abdullah bin Jad’an. Keislaman Hamzah pada mulanya sebagai pelampiasan harga diri seseorang yang tidak sudi keluarganya di hina, namun Allah membuatnya cinta terhadap Islam dan menjadikan kebanggaan kaum muslimin.

Tiga hari setelah Hamzah masuk Islam, Umar bin Khatab pun menyatakan keislamannya.

Tahun kesepuluh kenabian istri Rasulullah Khadijah dan pamanya yang selalu melindungi Rasulullah dari kaum musyrikin yaitu Abu Thalib wafat. Tahun ini disebut tahun Amul Huzni (tahun kesedihan).


Dakwah di Luar Kota Mekkah


Pada tahun Ke-10 kenabian Rasulullah hijrah ke Thaif didampingi anak angkat beliau Zaid bin Haritsah.namun dakwah beliau tidak mendapat sambutan yang baik, bahkan beliau di usir dan dilempari oleh penduduk Thaif. Rasulullah tinggal 10 hari di Thaif dan kembali ke Mekkah.


Peristiwa Isra’ dan Mi’raj


Tahun ke-11 kenabian terjadi peristiwa Isra’ Mikraj (Q.S Al-Israa ayat 1). Isra’ artinya perjalanan Rasulullah pada malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha di Baitul Maqdis, Palestina. Mikraj artinya di naikkan ke langit tertinggi yaitu dari Baitul Maqdis sampai ke Sidratul Muntaha. Perjalanan beliau ditemani oleh malaikat Jibril dengan mengendarai Buraq. Pada peristiwa ini Rasulullah menerima perintah shalat yang pada mulanya 50 rakaat sampai akhirnya 5 rakaat sehari semalam

Dari perjalanan Isra’ Mikraj ini Rasulullah mengalami kejadian yang bervariasi :

- beliau ditawari susu dan arak, lalu beliau memilih susu.

- Beliau melihat 4 buah sungai di surga, dua sungai nampak dan dua lagi tersembunyi. Yang tampak adalah sungai Nil dan sungai Eufrat.

- Beliau melihat malaikat Malik penjaga neraka yang tidak pernah tertawa.

- Beliau melihat para pemakan harta anak yatim secara zhalim yang bibir mereka seperti bibir unta, mulut mereka dilempari sepotong api dari neraka

- Beliau melihat pemakan riba yang perutnya buncit.

- Beliau melihat penzina diantara mereka terlihat daging gemuk di tangannya dan disampingnya daging bernanah dan busuk dan mereka memilih mamakan daging busuk dan bernanah.

- Beliau melihat rombongan niaga penduduk Mekkah sepulangnya dan ketika pergi. Beliau menunjukkan kepada mereka perihal unta mereka yang melarikan diri dan meminum air milik mereka. Air minum itu berada di bawah wadah yang tertutup saat mereka tertidur. Hal ini yang menjadi bukti kebenaran pengakuan beliau pada pagi hari dari malam Isra’. Sahabat beliau Abu Bakar membenarkan peristiwa Isra’ Mikraj manakala orang-orang mendustakannya. Pada moment ini Abu Bakar dijuluki Ash-Shiddiq (orang yang selalu membenarkan nabi).


Bai’at Aqabah Pertama


Pada tahun 12 kenabian datang 12 orang dari Yastrib yaitu suku Khazraj dan suku Aus menemui Rasulullah di bukit Aqabah di Mina dan berbai’at (berjanji) akan setia kepada Allah SWT. Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Bai’atul Aqabah Pertama. Kemudian mereka pulang ke Yastrib dan Rasulullah SAW mengutus Mush’ab bin Umair untuk mengajarkan dan memberikan pemahaman tentang agama Islam.


Bai’at Aqabah Kedua (Bai’at Kubro)


Pada musim haji tahun ke-13 kenabian datang lagi penduduk Yatsrib dengan jumlah yang lebih besar menemui Rasulullah di Aqabah, sehingga peristiwa ini dikenal dengan Bai’atul Aqabah Kedua. Dalam pertemuan dengan Rasulullah SAW mereka meminta dengan sungguh-sungguh agar Rasulullah dan kaum muslimin hijrah ke Yatsrib. Mereka berjanji akan menolong dan melindungi seperti keluarga sendiri.


Hijrah ke Yatsrib


Rasulullah menyambut baik permintaan kaum Yatsrib untuk hijrah. Beliau memerintahkan agar semua kaum muslimin hijrah ke Yatsrib. Mereka hijrah secara sembunyi-sembunyi. Setelah hampir seluruh kaum muslimin berangkat maka Rasulullah pun Hijrah ditemani Abu Bakar Shiddiq.

Blokade terhadap Kediaman Rasulullah SAW.

Para kafir Quraisy yang telah ditunjuk berdasarkan kesepakatan parlemen Mekkah “Daarun Nadwah”, berencana ingin membunuh Rasulullah SAW. Mereka menunggu Rasulullah keluar tengah malam untuk melakukan shalat di Masjidil Haram. Namun blokade ini gagal. Pada malam itu Rasulullah memerintahkan kepada Ali bin Abi Thalib untuk tidur di tempat tidurnya dan berselimut dengan burdah hijau milik Rasulullah

Sementara itu Rasulullah berhasil keluar dan menembus blokade Kafir Quraisy. Beliau memungut segenggam tanah lalu menaburkannya di atas kepala mereka. Ketika itu Allah telah mencabut pandangan mereka sehingga tidak melihat Rasulullah SAW lewat. Sedangkan beliu menbaca firman Allah (Surat Yaasiin.9).

Dalam perjalanan Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Tsur selam tiga malam.

Dalam perjalanan Rasulullah sempat mendirikan sebuah masjid di Quba yang dinamakan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama didirikan sejak kenabian.

Saat memasuki Yatsrib beliau dan rombongan muhajirin disambut gembira oleh penduduk Yatsrib. Sejak saat itu kota Yatsrib diubah nama menjadi Al-Madinatul Munawarah yang dikenal sampai sekarang dengan sebutan Madinah.


Tahapan Pertama di Madinah (Tahun 1 Hijriyah)


Mengawali langkah pertama pada tahun itu Rasulullah SAW mempersaudarakan kaum Anshar dan kaum Muhajirin di rumah Anas bin Malik. Kemudian secara bergotong royong membangun Masjid Nabawi. Tahun itu juga turun wahyu yang mengizinkan kaum muslimin berperang mempertahankan akidah dan memberla agama Allah SWT.


Tahun Ke-2 Hijriyah


Peristiwa bersejarah pada tahun ini antara lain :

- perubahan kiblat dari arah Baitul Maqdis Palestina ke Ka’bah Mekkah.

- pertama kalinya diwajibkan puasa Ramadhan.

- disyariatkan agar umat Islam menyelenggarakan shalat Idul Fitri setelah puasa Ramadhan.

- ditetapka mengeluarkan zakat bagi yang mampu.

- terjadinya perang Badar Kubra.

Pada perang Badar pasukan kaum muslimin berjumlah 313 orang. Rasulullah mengangkat Ibnu Ummi Maktum

sebagai penguasa sementara di Madinah. Pasukan perang Badar di bagi 2 yaitu ;

  1. Al-Muhajirin dipimpin oleh Ali bin Abi Thalib
  2. Anshar dipimpin oleh Sa’d bin Mu’adz.

Tahun Ke-3 Hijriyah


Peristiwa penting pada tahun ini adalah :

- Diharamkannya minuman khamar bagi kaum muslimin.

- Peristiwa perang Uhud

yaitu perang antara kaum muslimin dengan kafir Quraisy yang dendam atas kekalahan pada perang Badar.

Pada perang ini terbunuhnya “Singa Allah”, Hamzah bin Abdul Muthalib. Ketika pasukan Islam mencapai kemenangan, terjadi kesalahan fatal dari pasukan pemanah (yang diperintahkan Rasulullah tetap berada di bukit dalam situasi apapaun), mereka melihat pasukan Islam sedang mengumpulkan ghanimah (harta rampasan perang) dan turun ikut mengumpulkan ghanimah. Khalid bin al-Walid, pasukan musuh memanfaatkan kesempatan untuk menyerbu pasukan kaum muslimin.


Tahun ke-4 Hijriyah


- disyariatkannya shalat khauf (shalat karena takut)

- diturunkannya wahyu tentang tayamum bila tidak ada air.


Tahun ke-5 Hijriyah


- diwajibkan haji bagi kaum muslimin yang mampu.

- terjadi perang Khandaq (perang Ahzab), yaitu perang dengan taktik menggali parit sebagai benteng muslim di Madinah.


Tahun ke-6 Hijriyah


- terjadi Pejanjian Hudaibiyah , yaitu perjanjia antara kaum muslimin dengan kafir Quraisy di desa Hudaibiyah yang isinya :

* Penundaan haji bagi kaum muslimun

* Gencatan senjata selam 10 tahun antara kedua belah pihak

* Kebebasan memilih kelompok yang disukai (kelompok dalam perjanjian Muhammad atau dengan pihak Quraisy).

* Siapa yang mendatangi Muhammad dari pihak Quraisy tanpa izin walinya, harus dikembalikan lagi, jika yang melarikan diri dari pihak Muhammad, maka tidak dikembalikan kepada beliau.

- Terjadi Bai’atur Ridwan, yaitu sumpah setia kaum muslimin akan membela agama Islam sampai titik darah penghabisan.


Tahun ke-7 Hijriyah


Terjadi perang Khaibar , yaitu perang antara kaum muslimin dengan kaum kafir yang pernah menyerang Madinah saat perang Khandaq.


Tahun ke-8 Hijriyah


- Terjadi perang Mu’tah, yaitu perang antara kaum muslimin dengan bangsa Romawi yang menjajah wilayah utara Jazirah Arab. Pada perang ini 3000 pasukan muslimin melawan 200000 prajurit. Zaid bin Haritsah memegang panji peperangan (syahid) dan digantikan Ja’far bin Abu Thalib ( syahid), digantikan Abdullah bin Rawahah (syahid), digantikan salah satu “Pedang Allah”, Khalid bin Walid.

- terjadinya Fathul Mekkah (penaklukan kota Mekkah), yaitu peristiwa jatuhnya kota Mekkah kepada kaum muslimin dan pengampunan Rasulullah SAW terhadap kaum Quraisy. Saat masuk Masjidil Haram Rasulullah menghancurkan 360 buah berhala. Waktu shalat tiba Rasulullah memerintahkan Bilal untuk mengumandangkan Adzan di atas Ka’bah.


Tahun ke-9 Hijriyah


- Kaum muslimin melaksanakan ibadah haji yang dipimpin oleh Abu Bakar Shiddiq.

- Permulaan turunya surat Baraa’ah (At-Taubah) mengenai pembatalan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

- Penduduk Thaif masuk Islam.


Tahun ke-10 Hijriyah


- Rasulullah memimpin kaum muslimin mengerjakan ibadah haji yang kemudian disebut haji Wada’ (haji perpisahan). Ketika tiba di Arafah menjelang Zuhur, Rasulullah minta disiapkan unta beliau yang bernama Al-Qashwa dan menyampaikan khotbah terakhir. Setelah Khatbah turunlah surat Al-Maidah ayat 3, artinya : Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku ridho Islam sebagai agamamu.


Tahun ke-11 Hijriyah


Pada tahun ini Rasulullah wafat, di rumah istri beliau Aisyah, waktu dhuha, Senin 12 Rabi’ul Awwal tahun 11 Hijriyah dalam usia 63 tahun di Madinah.

Istri-isri beliau :

1. Khadijah binti Khuwailid.

Beliau menikah usia 25 tahun sedang Khadijah berusia 40 tahun.


2. Saudah binti Zam’ah

dinikahi Rasulullah tahun 10 kenabian.


3. ‘Aisyah binti Abu Bakar Ash-Siddiq.

Dinikahi Rasulullah bulan Syawal tahun 11 kenabian. Aisyah berumur 6 tahun, dan digauli saat usia 9 tahun.


4. Hafshah binti Umar bin Khathab

Dinikahi pada tahun ke-3 Hijriyah


5. Zainab binti Khuzaimah

Dijuluki Ummu Masakin (ibunya orang-orang miskin), karena kemurahan dan kasih sayang terhadap orang-orang miskin.Rasulullah menikahinya tahun ke 4 Hijriyah.


6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Ummayah

Dinikahi Rasulullah tahun ke-4 Hijriyah


7. Zainab binti Jahsy bin Rayyab.

Beliau sebelumnya dinikahi oleh Zaid bin Haritshah (anak angkat rasulullah). Pernikahan ini terdapat dalam firman Allah surat Al-Ahzab ayat 37


8. Juwairiyah binti Al-Harits

Dinikahi pada tahun ke-6 Hijriyah.


9.Ummuh Habibah Ramlah binti Abu Sufyan.

Dinikahi bulan Muharram tahun ke-7 Hijriyah


10.Shafiyah binti Huyay bin Akhthab.

Beliau tawanan dalam perang Khaibar. Rasulullah menikahinya tahun ke-7 Hijriyah.


11.Maimunah binti Al-Harits.

Dinikahi rasulullah bulan Zulkaidah tahun ke-7 Hijriyah.


Referensi :

  1. Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury, Perjalanan Rasulullah yang Agung, Muhammad dari Kelahiran hingga Detik-Detik Terakhir, Serial Buku Darul Haq, Jumadil Ula 1427H.
  2. Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury, Sirah Nabawiyah, Pustaka Al-Kautsar.
  3. Tim Bina Karya Guru, Bina Sejarah Kebudayaan Islam, Erlangga, Kelas III, IV, dan V.

Ditulis oleh : Syamsul bahri